Cara Daftar e-Filing 2023 | Panduan Lengkap Untuk Pemula

Sekiranya anda tercari-cari cara daftar atau mengisi e-Filing, ini adalah artikel yang tepat untuk anda.

Untuk pengetahuan anda, aplikasi e-Filing adalah merupakan sistem yang membolehkan pembayar cukai membuat pengisian dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan borang anggaran secara dalam talian.

Pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Tahun Saraan 2022 dan Tahun Taksiran 2022 melalui sistem e-Filing 2023 bagi Borang E, BE, B, M, BT,MT, TF dan TP bermula (akan dikemaskini) ini.

Berikut kami kongsikan beberapa info penting berkaitan e-filing beserta panduan ringkas yang boleh anda muat turun untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan. 

Baca Juga: MyTax LHDN: Cara Daftar Untuk e-Filing, Login Pertama & Semakan Cukai

Siapakah Yang Perlu Mendaftar Dengan LHDN?

Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Anda boleh membuat bayaran cukai pendapatan secara online melalui e-Filing 2022.

Cara Daftar e-Filing 2023 & Login Kali Pertama

  • Untuk login e-Filing, anda boleh layari portal rasmi LHDN di pautan: www.hasil.gov.my
  • Kemudian, klik ‘MyTax’, seterusnya klik ‘Perkhidmatan ezHasil’ dan ‘eFiling’.

NOTA PENTING: 

  • Bagi pembayar cukai mendaftar masuk buat kali pertama, anda perlu mendapatkan nombor PIN terlebih dulu. 
  • Nombor pin ini boleh didapatkan di kaunter cawangan LHDN atau secara dalam talian menerusi Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN: https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/
e-filing 2021

Sila rujuk: Cara Daftar LHDN Pertama Kali Untuk Declare Income Tax (e-Filing)

Panduan Lengkap Mengisi & Cara Daftar e-Filing 2023

Untuk pengguna yang pertama kali, berikut ialah panduan lengkap mengisi dan cara daftar e-Filing. Anda boleh rujuk langkah-langkahnya melalui TAKLIMAT E-FILING LHDN yang dikongsikan di bawah.

Bagi pengguna pertama kali, sila daftar mengikut langkah seperti penerangan berikut:

Terlupa Kata Laluan: Manakala bagi yang terlupa kata laluan, mereka boleh menetapkan semula kata laluan baharu melalui e-mel atau nombor telefon bimbit berdaftar dengan LHDN.

Setelah mempunyai kata laluan, anda boleh teruskan proses e-Filing dengan log masuk dan mengisi borang e-BE.

e-filing
e-filing

Login ke e-Borang terlebih dahulu.

e-filing

Secara umumnya, terdapat 4 bahagian yang perlu diisi dalam borang e-BE iaitu:

  1. Maklumat individu
  2. Jumlah pendapatan
  3. Pelepasan cukai
  4. Rumusan / Bayaran cukai

Di sini diterangkan langkahnya satu per satu.

BAHAGIAN 1 – MAKLUMAT INDIVIDU

BAHAGIAN 2 – JUMLAH PENDAPATAN

Sila isikan maklumat pendapatan anda termasuk pendapatan sampingan seperti sewaan dan sebagainya.

BAHAGIAN 3 – PELEPASAN CUKAI

Setelah mengisi maklumat diri dan pendapatan, anda boleh menuntut pelepasan cukai yang berkenaan.

Baca juga: Senarai Pelepasan Cukai 2022 Untuk e-Filing 2023

BAHAGIAN 4 – RUMUSAN & BAYARAN CUKAI

Proses pembayaran boleh dibuat secara online.

Maklumat Lanjut e-Filing 2023

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai sistem e-Filing dan berkaitan dengannya, anda boleh layari pautan berikut: https://ez.hasil.gov.my, atau rujuk FAQ: https://ez.hasil.gov.my/CI/FAQ_Anon.aspx?from=02 

Untuk panduan mengisi e-Borang, anda boleh rujuk PDF: https://ez.hasil.gov.my/CI/Panduan/PanduanCI_eBorang.pdf

Anda juga boleh menghubungi Hasil Care Line untuk sebarang pertanyaan di talian:

  • +603-8911 1000 (untuk yang berada dalam negara) 
  • +603-8911 1100 (di luar negara) 

Atau, terus kunjungi kaunter perkhidmatan LHDN berdekatan anda untuk sebarang urusan pertanyaan atau maklumat lanjut. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: