Tarikh Akhir Permohonan i-Lestari 31 Mac 2021. Ini Cara Apply Online

Bagi anda yang masih belum memohon iLestari KWSP, anda boleh berbuat demikian sebelum tarikh akhir 31 Mac 2021 ini.

Pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan Ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan serta membantu Ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 pada ketika ini.

Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari adalah terhad kepada sekali sebulan dengan jumlah maksimum RM500.

Baca juga: Cara Permohonan i-Sinar Kategori 2 (Dibuka Mulai 11 Januari 2021)

Apakah i-Lestari KWSP?

Konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:

  • Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.
  • Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).
  • Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

Ilustrasi / contoh permohonan:

  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Amaun Pengeluaran iLestari Yang Layak Dikeluarkan

Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.

Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
  • Berumur di bawah 55 tahun; dan
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

Tempoh Permohonan

Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

(Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)

Cara Permohonan iLestari KWSP

Permohonan Pengeluaran i-Lestari boleh dibuat mulai 1 April 2020sehingga 31 Mac (tarikh akhir) melalui saluran-saluran berikut :

  1. Secara dalam talian melalui i-Lestari Online yang disediakan di laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. Klik di sini untuk mengakses permohonan melalui i-Lestari Online (Rujuk langkah permohonan online melalui infografik di bawah)
  2. Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli); atau
  3. Secara hantaran pos kepada alamat :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya
Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.

*Ahli disarankan untuk membuat permohonan melalui i-Lestari Online dan e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli) untuk mempercepatkan proses kelulusan.

Cara membuat permohonan iLestari online adalah seperti berikut:

ilestari online kwsp

*Permohonan secara manual yang dihantar melalui pos akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.

*Permohonan pengeluaran oleh Ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui pos sahaja.

Baca juga: SMUE 2.0 (Skim Mesra Usia Emas): Bantuan RM100 Untuk Warga Emas

Semakan Status Pengeluaran

Langkah-langkah untuk Ahli menyemak status permohonan pengeluaran melalui i-Lestari Online adalah seperti berikut:

  1. Ahli perlu melayari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. Klik di sini untuk mengakses semakan status melalui i-Lestari Online.
  2. Klik pada tab SEMAK STATUS.
  3. Masukkan nombor MyKad dan nombor telefon bimbit.
  4. Klik pada kotak ‘Saya bukan robot’ (reCAPTCHA) dan klik pada butang SEMAK.

Cara Tukar Amaun Bayaran Pengeluaran

Ahli boleh mengubah amaun bayaran pengeluaran berulang melalui saluran berikut:

  1. Secara dalam talian melalui portal i-Lestari Online. Klik di sini untuk kemas kini Pengeluaran i-Lestari melalui portal i-Lestari Online;
     
  2. Secara dalam talian melalui Kemas Kini dalam i-Akaun (Ahli). Klik di sini untuk log masuk ke i-Akaun (Ahli);

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, anda boleh hubungi KWSP melalui e-mel [email protected]

KWSP HOTLINE : 03-8922-4848 / 03-8922-6000

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: