MyASNB: Cara Daftar ASB Online, Semak Penyata, Dividen & Pengeluaran

Mulai 20 April 2020, pemegang unit ASB telah diberi kemudahan pengeluaran ASB online melalui Portal MyASNB iaitu www.myasnb.com.my.

Pengeluaran ASB ini boleh dilakukan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB seperti Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Wawasan 2020 dan lain-lain lagi.

Jadi, dalam musim PKP ni memang lebih mudah untuk kita berurusan secara online kan?

Jom kami kongsikan caranya.

Kelebihan Portal MyANSB Online

Kemudahan pengeluaran secara dalam talian @ myASNB ini membolehkan pemegang unit mengeluarkan wang pelaburan dari mana-mana unit amanah ASNB menerusi portal dan aplikasi myASNB.

Wang akan dipindahkan dari akaun unit amanah ASNB ke akaun bank pemegang unit.

Antara kemudahan lain yang disediakan menerusi myASNB termasuklah:

  • Semak baki terkini
  • Muat turun penyata akaun
  • Membuat urus niaga pelaburan
  • Langgan kemudahan pelaburan konsisten Auto Labur
  • Urus pelaburan anak-anak

Had Pengeluaran ASB Online

  • Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM1000 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit.
  • Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.
  • Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan.
  • Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.

Semua unit amanah boleh dikeluarkan, kecuali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2.

Baca juga: Rumah Mesra Rakyat SPNB: Permohonan Baru & Borang Boleh Didapati Mulai 16 Nov 2020

Cara Daftar ASB Online

Sebelum anda membuat pengeluaran ASB online, anda perlu mendaftar sebagai pengguna Portal MyASNB terlebih dahulu.

Untuk mendaftar, pastikan nombor telefon bimbit anda yang terkini adalah sama dengan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan di ASB.

Cara Membuat Pendaftaran adalah seperti langkah berikut:

  1. Layari laman web www.myasnb.com.my
  2. Klik ‘Daftar di sini’
  3. Isi maklumat pemegang unit. Klik seterusnya.
  4. Buat pengesahan nombor telefon bimbit dan klik ‘Permintaan TAC’.
  5. Masukkan nombor TAC yang anda terima.
  6. Kemaskini maklumat akaun anda.
  7. Anda akan menerima ‘Kata Laluan Sementara’ yang akan digunakan untuk ‘Log Masuk’ myASNB buat kali pertama.
pengeluaran asb online

Cara Semak Baki & Penyata ASB Online

  1. Klik ‘Log Masuk’
  2. Masukkan Kata Laluan Sementara yang didaftarkan tadi (jika log masuk kali pertama)
  3. Cipta ‘Kata Laluan Baru’ untuk tujuan keselamatan
  4. Setelah selesai, anda akan dapat melihat menu Utama yang memaparkan maklumat akaun ASB anda.
  5. Klik pada penyata kewangan tahunan yang anda inginkan untuk membuat semakan atau cetakan.

Cara Keluarkan Duit ASB Online

Untuk membuat pengeluaran, sila ikuti langkah ini:

  1. Klik laman web rasmi www.myasnb.com.my
  2. Klik butang ‘Log Masuk’
  3. Klik pada bahagian ‘Portfolio’
  4. Klik butang ‘Transaksi’
  5. Pilih ‘Jualan Balik’
  6. Buat pengesahan terma dan syarat.
  7. Klik ‘Permintaan TAC’
  8. Masukkan nombor TAC yang diterima.
  9. Notis pengesahan transaksi akan dipaparkan sekiranya berjaya.

Rujuk cara pengeluaran dalam video rasmi MyASNB di bawah:

Waktu Urusniaga

Waktu membuat pengeluaran ASB online adalah sama seperti waktu urus niaga sedia ada myASNB seperti berikut:

  • Unit Amanah Harga Tetap: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 6.00 petang, waktu tempatan*
  • Unit Amanah Harga Berubah: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 4.00 petang, waktu tempatan*

*kecuali cuti umum

Wang anda akan dimasukkan ke akaun bank pada hari berikutnya.

Baca juga: MySalam Covid-19: Cara Claim RM50/Sehari Jika Anda Dikuarantin (PUI) Atau Disahkan Positif

Maklumat Lanjut

Untuk makluman, anda juga boleh membuat pelbagai transaksi dan urusan kewangan anda melalui aplikasi MyASNB yang terdapat di Google Play Store atau Apple AppStore.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi ASNB di : https://www.asnb.com.my/onlineredemption.php atau hubungi talian 03-7730 8899 untuk bercakap dengan Pegawai Perhubungan.

E-mel: [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: