in

“Saya Boleh Buat SOP Apa Saja, Tapi Tidak Kepada Masjid”, DS Ismail Sabri

sop masjid dna surau pkpb

Mungkin kita dapat lihat ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati atau kecewa terhadap Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung isu had jemaah atau SOP masjid dan surau dalam tempoh PKPB / PKP.

Bagi menjelaskan kekeliruan ini, DS Ismail Sabri, Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, telah membuat penjelasan tentang isu tersebut dalam sebuah video temubual di BERNAMA pada 13 November 2020.

SOP Masjid & Surau Adalah Di Bawah Pihak Berkuasa Negeri

Video pendek berdurasi 1 minit yang dimuat naik di Facebook DS Ismail Sabri itu mendapat reaksi ramai dan rata-rata berpuas hati dengan jawapan beliau yang jelas dan terang.

Baca juga: SOP PKPB (9 Nov-6 Dis) Semua Negeri Di Semenanjung Kecuali Perlis, Pahang & Kelantan

Dalam video tersebut, beliau mengulas, “Saya banyak terima aduan tentang masjid kenapa dihadkan dari segi jumlah jemaah. Kalau hari Jumaat kenapa dihadkan, sepatutnya buka.”

“Sebenarnya kuasa di dalam Hal Ehwal Islam ini tidak terletak kepada Federal.”

“Saya boleh buat SOP apa saja, tetapi tidak boleh kepada masjid sebab dari segi Perlembagaan Persekutuan, Hal Ehwal Agama Islam terletak di bawah kuasa negeri dan terletak di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan di setiap negeri.”

“Jadi apa saja yang berkaitan dengan agama adalah di bawah kuasa negeri dan mesti diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan.”

Tambah beliau lagi, disebabkan itu juga kita boleh lihat yang setiap negeri mempunyai SOP masjid dan surau yang berbeza antara satu sama lain, dari segi jemaah yang dibenarkan, seperti yang boleh dirujuk melalui artikel ini:

SOP Solat Jumaat PKPB Terkini Di Setiap Negeri (9 Nov-6 Dis 2020)

Rujuk Pihak Berkuasa Negeri Masing-masing

Dengan penerangan yang jelas oleh Menteri Kanan Pertahanan itu, diharapkan kita tak lagi keliru tentang SOP masjid dan surau yang ditetapkan bagi setiap negeri.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pihak Berkuasa Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri dari semasa ke semasa untuk sebarang info terkini tentang penguatkuasaan had jumlah jemaah di surau dan masjid yang dibenarkan.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

semakan rayuan bkss

Semakan Rayuan BKSS Bujang & KIR B40: Bayaran Mulai Disember 2020

i-sinar kwsp

i-Sinar KWSP: Permohonan Bersyarat Mulai Disember 2020