Rumah Transit Bangsa Johor: Syarat Kelayakan & Cara Memohon
Rumah Transit Bangsa Johor ~ Untuk pengetahuan anda, kerajaan negeri Johor telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai Rumah Transit Bangsa Johor. Program ini adalah merupakan sebagai salah satu inisiatif untuk membantu rakyat memiliki rumah sendiri.
Jom baca lebih lanjut mengenai program Rumah Transit Bangsa Johor seperti yang dikongsikan dibawah.
BACA JUGA: Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) – Caruman Untuk Suri Rumah
Rumah Transit Bangsa Johor
Program Rumah Transit (RT) bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan kepada pasangan muda yang berkahwin dan berumur 30 tahun dan ke bawah.
Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan.
Skim rumah transit ini berbeza dengan konsep ‘Rent-to-Own’ atau ‘Sewa-Untuk-Beli’. Penyewa akan membayar kadar RM650 sebulan dan sebahagian daripadanya menjadi tabungan untuk pembayaran deposit rumah seterusnya.
Secara keseluruhannya, terdapat 92 unit RT dan 500 unit akan dibina dalam masa lima tahun akan datang.
Kadar & Tempoh Sewaan Rumah Transit Bangsa Johor
Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM650.00 sebulan bagi tempoh sewaan selama lima (5) tahun.
Penerima bantuan yang menduduki RT akan membayar sewa RM650 sebulan. Bayaran itu ada pecahan iaitu RM455 digunakan untuk bayaran sewa, manakala RM195 lagi adalah tabungan mereka.
Dalam tempoh lima tahun, individu akan mempunyai tabungan RM11,000. Duit tabungan boleh digunakan untuk membayar deposit untuk rumah seterusnya.
Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.
BACA JUGA: Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) 2023
Syarat-Syarat Kelayakan
Sebelum memohon, pastikan anda menepati syarat-syarat kelayakan seperti di bawah, antaranya ialah:
- Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia;
- Keutamaan diberikan kepada rakyat Johor
- Pemohon berumur 18 hingga 30 tahun;
- Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah yang dipohon;
- Pemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit yang dipohon;
- Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; dan
- Tiada rekod jenayah.
Ciri-Ciri Rumah Transit Bangsa Johor
- Keluasan unit adalah di antara 700 hingga 850 kaki persegi;
- 2 atau 3 bilik tidur;
- 2 bilik air;
- Ruang tamu; dan;
- Ruang dapur.
- Dilengkapi dengan kipas dan lampu
Kemudahan
- Dewan serbaguna
- Ruang taska
- Kedai / gerai
- Pejabat pengurusan
- Tempat letak kereta
- Tempat letak motosikal
- Pagar kawasan
- Kawalan keselamatan
- Surau
- Lif
- Landskap
Kaedah Permohonan Rumah Transit Bangsa Johor
- Layari laman web rasmi Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) di pautan berikut: https://pkpj.johor.gov.my/
- Klik ‘Daftar akaun sekarang’.
- Pilih & klik ‘Individu’.
- Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Klik ‘log masuk’.
- Klik ‘Rumah Transit Bangsa Johor’
- Klik ‘Permohonan Baru’
- Isikan maklumat yang diperlukan. (Pilih nama projek yang hendak di pohon pada bahagian projek)
- Muat naik yang diperlukan.
- Klik ‘Hantar’.
- Tandakan kotak kecil sebagai persetujuan terma & syarat dan klik ‘Ya’
- Selesai. Permohonan anda berjaya dihantar.
Rujuk video langkah-langkah permohonan di sini:
Senarai Lokasi Rumah Transit Belia Johor
Johor Bahru
- PPR Tebrau
- PPR Sri Stulang
- PPR Pasir Pelangi
- PPR Tampoi
- PPR Plentong
- PPR Sungai Melana
Batu Pahat
- PPR Yong Peng
Segamat
- PPR Batu Anam
NOTA: Lokasi Rumah Transit Bangsa Johor akan bertambah dari masa ke semasa.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: https://pkpj.johor.gov.my/ePerumahan/home/index.htm