Dah Daftar Anak Darjah 1, Ini Dokumen Yang Perlu Dihantar Ke Sekolah

Dah Daftar Anak Darjah 1, Ini Dokumen Yang Perlu Dihantar Ke Sekolah

Seperti yang kita tahu pendaftaran Tahun 1 bagi kemasukan ke sekolah KPM telahpun dibuka bermula 1 Mac yang lalu.

Bagi yang dah daftar tu, jangan ingat dah selesai prosesnya…

Sebab ada lagi dokumen yang diperlukan dan perlu dihantar ke sekolah.

Bagi yang tak tahu atau dah lupa, di sini kami kongsikan lebih lanjut apakah dokumen yang diperlukan dan bagaimana cara nak hantar ke sekolah yang dah daftar Darjah 1 tahun depan tu nanti.

Di sini kami paparkan perkongsian oleh Kechik Zaki melalui Facebook.

Dokumen Yang Perlu Dihantar Ke Sekolah Untuk Daftar Darjah 1

Untuk pendaftaran darjah 1 untuk tahun depan, ini antara yang anda kena bawa.

Penting sebab nanti tak adalah kena ulang 2@3 kali ke sekolah kan?

  1. Borang yang dah isi online tu print out
  2. Salinan MyKid / Sijil Anak Angkat
  3. Salinan Sijil Lahir
  4. Salinan Bil Utiliti (Bil TNB / Bil Air / Bil Telefon)
  5. Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa / Penjaga
  6. Salinan Surat Nikah / Cerai
  7. Salinan Laporan Doktor / Kad OKU / Buku Imunisasi
  8. Salinan Slip Gaji Ibu Bapa / Penjaga @ Pengesahan Pendapatan (Bagi yang tiada slip gaji)

Ni gambar dokumen tu:

KAD PENGENALAN IBU BAPA

REKOD KESIHATAN BAYI / ANAK / LAPORAN KESIHATAN @ KAD OKU

BIL-BIL UTILITI

SURAT BERANAK ANAK

SIJIL NIKAH IBU BAPA

PAYSLIP

(Yang ni tak ada gambar sebab kami tak makan gaji)

TAMBAHAN

  • Sampul 4×9 – 2 keping
  • Setem RM1.50 – 2 keping
    • Yang ni ada sekolah yang nak ade yang tak payah.. nak lagi mudah call sekolah terus pun ok
    • Saya siap-siap masuk envelope besar juga size A4 tp pihak sekolah amik dokumen aje ..envelop pulang semula

Saya dah settle dah.
Bawa dokumen terus ke sekolah yang dimohon ye.

Semoga dipermudahkan urusan semua ibu& bapa diluar sana.

Untuk PRA SEKOLAH pulak..smua dokumen masuk sampul surat size A4.

Hantar di kelas PRA yg kat sekolah tu..kat kelas tu ade cikgu yang tunggu .. Sekian

Jangan lupa untuk hantar dokumen yang diperlukan ke sekolah ya!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: