Bayi Dihempap Pokok Meninggal Dunia

Bayi lelaki 17 bulan yang dihempap pokok ru bersama ibunya dilaporkan meninggal dunia setelah lebih enam jam bertarung nyawa.

Perkara itu dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Puteri, Tuminah Kadi bahawa Muhammad Zahfran Ilman Mohd Syazawan telah meninggal dunia.

Menurutnya, beliau dihubungi pihak hospital pada jam 1.30 pagi yang memaklumkan berita sedih tersebut dan berharap ibu bapa serta keluarga mangsa tabah dengan dugaan itu.

“Adik Muhammad Zafran Ilman Mohd Syazwan, mangsa dihempap pokok telah kembali kepada sang penciptanya sebentar tadi,”, lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, dilaporkan bayi lelaki berusia setahun lima bulan itu dan ibunya cedera selepas dihempap sebatang pokok ru yang tumbang ketika berkelah di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka dalam kejadian 6.30 petang tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor Tuminah Kadi berkata semasa kejadian, kedua-dua mangsa sedang duduk di kawasan berkenaan dengan bayi tersebut sedang didukung oleh ibunya manakala dua lagi anaknya serta suami sedang mandi-manda di pantai.

Katanya, bayi tersebut didapati mengalami kesesakan nafas akibat tersembam ke pasir dan menerima rawatan sejak semalam.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan diharapkan ibu dan ayah serta keluarga tabah dengan dugaan ini.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: