Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Kerana Bimbang COVID-19 dll)

CONTOH SURAT TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk semua murid dalam Fasa 4.

Walaupun kes COVID-19 masih belum hilang sepenuhnya, namun pembukaan sekolah tetap diteruskan kerana menyedari keperluan anak-anak bagi pembelajaran bersemuka.

Selain itu, masih ada segelintir pelajar tidak mempunyai akses penuh kepada Internet dan teknologi dalam menjalankan pembelajaran dalam talian.

Bagi memastikan keselamatan murid-murid di sekolah dan di dalam kelas, sistem penggiliran minggu akan dilaksanakan di mana

  • Murid dibahagi kepada 2 kumpulan
  • Kapasiti kelas dihadkan kepada 50%
  • Ia bertujuan memastikan keselamatan murid-murid dengan kapasiti yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan

SOP di sekolah juga dititikberatkan dengan memberikan pengudaraan yang baik serta mewajibkan pelitup muka untuk semua murid.

Walaubagaimanapun, ibu bapa atau penjaga tetap diberi pilihan untuk tidak menghantar anak ke sekolah jika bimbangkan ancaman Covid-19 apabila sesi persekolahan bersemuka dibuka semula.

Berikut dikongsikan contoh surat tidak hadir ke sekolah yang boleh digunakan oleh ibu bapa yang memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah atas alasan bimbang penularan wabak.

Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Kerana Bimbang Penularan COVID-19)

Kepada :
Guru Besar,
SK Kampung Ulu 22,
440-B, Jln Padang,
75250 MELAKA


MEMOHON PENGECUALIAN KEHADIRAN ANAK KE SEKOLAH DISEBABKAN
KEBIMBANGAN PENULARAN COVID-19

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat menghantar anak saya ke sekolah
    disebabkan kebimbangan penularan pandemik Covid-19.
  2. Berikut adalah butiran yang diperlukan oleh pihak sekolah :
    NAMA IBU BAPA/PENJAGA :
    NO I/C :
    NO TEL :
    NAMA ANAK :
    KELAS :
    TARIKH PENGECUALIAN :
    *diisi oleh ibu bapa/penjaga
  3. Saya bertanggungjawab memastikan anak saya berada di rumah sepanjang tempoh pengecualian ke sekolah.
    Segala perhatian dari pihak Tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

    Sekian

Muat Turun Template Word (Boleh edit terus) :

surat tidak hadir ke sekolah

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: