KPDNHEP: Cara Permohonan Beroperasi Perniagaan Melalui MITI

PERMOHONAN KEBENARAN BEROPERASI SEKTOR PERDAGANGAN / PERNIAGAAN PENGEDARAN DI BAWAH SELIAAN KPDNHEP (PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PENUH MULAI 1-28 JUN 2021) MELALUI MITI

Untuk makluman, segala pendaftaran yang telah dibuat di pautan yang diberikan sebelum ini oleh KPDNHEP diminta untuk membuat permohonan baru melalui portal Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 kendalian MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri).

Hanya surat kelulusan CIMS/MITI sahaja diperakui oleh penguatkuasa semua agensi Kerajaan bagi memastikan keseragaman dan mengelakkan keliruan.

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan beroperasi KPDNHEP serta contoh perniagaan sektor industri yang dibenarkan.

11 Sektor Perdagangan Dibenarkan Beroperasi Di Bawah Seliaan KPDNHEP

Terkini, 11 perkhidmatan perlu termasuk stesen minyak telah disenaraikan di bawah seliaan KPDNHEP dalam tempoh PKP Penuh mulai 1 Jun 2021 (tertakluk sehingga 28 Jun 2021).

  1. Kompleks membeli belah / shopping mall TIDAK DIBENARKAN KECUALI premis perniagaan yang dibenarkan seperti kedai runcit, makanan, dan sektor perlu yang disebutkan.
  2. PASAR RAYA DIBENARKAN namun terhad kepada sektor keperluan asas sahaja seperti makanan, makanan haiwan dan yang disebutkan di atas.
  3. RESTORAN, GERAI DAN OUTLET MAKANAN DIBENARKAN hanya untuk bawa pulang atau penghantaran (delivery)
  4. Stesen minyak dibenarkan.
  5. Dobi dibenarkan termasuk dobi layan diri
  6. Kedai haiwan / makanan haiwan dibenarkan
  7. Kedai cermin mata dibenarkan
  8. Kedai hardware dibenarkan
  9. Bengkel kenderaan dibenarkan
  10. E-dagang dibenarkan
  11. Pemborongan & pengedaran di bawah perkhidmatan perlu dibenarkan.

Sila rujuk kenyataan media terkini KPDNHEP untuk melihat senarai terperinci bagi kapasiti pekerja dan SOP yang berkaitan bagi setiap kategori di atas.

Senarai Perniagaan Yang Tidak Dibenarkan Beroperasi Dalam Tempoh PKP Penuh

Apakah contoh perniagaan yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP Penuh?

Seperti yang dinyatakan oleh kenyataan media KPDNHEP, antara perniagaan yang tidak boleh beroperasi adalah:

  1. Kedai pakaian
  2. Kedai perabot
  3. Kedai barang kemas
  4. Kedai elektrik dan elektronik
  5. Kedai buku dan alat tulis
  6. Kedai aksesori kenderaan
  7. Pusat jualan dan pengedaran kereta
  8. Pusat cuci kereta
  9. Kedai gunting rambut dan salun
  10. Kedai barang fotografi / perkhidmatan fotografi
  11. Kedai barangan terpakai
  12. Kedai bunga / nurseri
  13. Kedai kraftangan / cenderahati
  14. Kedai antik
  15. Kedai alat permainan
  16. Kedai permaidani
  17. Kedai peralatan sembahyang dan pengebumian
  18. Kedai kandunga kreatif / peralatan industri kreatif
  19. Pusat kecantikan
  20. Kedai outdoor (termasuk peralatan perkhemahan, memancing dll)
  21. Kedai peralatan sukan
  22. Barangan rumah dan peralatan dapur ( termasuk jubin, wallpaper, kunci langsir dan lain-lain)
  23. Kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi
  24. Kedai tembakau ( termasuk vape, rokok elektronik)

Cara Permohonan Beroperasi Perniagaan MITI

permohonan beroperasi perniagaan

Pendaftaran baharu boleh dibuat melalui pautan https://notification.miti.gov.my/login.

Sila rujuk langkah di bawah untuk membuat pendaftaran & memuat turun surat MITI.

A. PENDAFTARAN PERNIAGAAN MELALUI CIMS MITI

B. CARA MUAT TURUN SURAT KEBENARAN PERMOHONAN BEROPERASI PERNIAGAAN DI CIMS MITI

MUAT TURUN SURAT MITI

Untuk melihat contoh surat permohonan beroperasi perniagaan yang telah diluluskan, sila rujuk gambar di bawah:

Rujuk Senarai Soalan Lazim (FAQ)

perniagaan yang dibenarkan beroperasi
perniagaan yang dibenarkan beroperasi
perniagaan yang dibenarkan beroperasi
perniagaan yang dibenarkan beroperasi

Baca juga: CIMS MITI: Surat Permohonan Beroperasi Syarikat PKP (1-14 Jun 2021)

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut atau sebarang pertanyaan, sila rujuk Facebook KPDNHEP di pautan berikut: https://www.facebook.com/kpdnhep atau hubungi Sekretariat 30-88826 322 / 6587 atau terus hubungi hotline 1-800-88-6800.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: