Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) 2022

rumah peranginan persekutuan

Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

RPPP dan RPPE merupakan rumah rehat Kerajaan yang disediakan untuk tujuan istirehat kepada pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri.

Umumnya, penjawat awam yang berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan mempunyai kelebihan untuk menginap di sini dengan menikmati harga istimewa yang ditawarkan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat sewaan / tempahan dan syarat-syarat untuk menempah.

Apakah Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) ?

Terdapat beberapa jenis Rumah Peranginan Persekutuan yang disediakan untuk penjawat awam seperti Rumah Peranginan Persekutuan Premier (RPPP), Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif (RPPE) dan Rumah Transit (RT) yang di bawah kawal seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Selain daripada kemudahan penginapan, antara kemudahan lain yang disediakan oleh BPH adalah bot, kayak, khemah dan lain-lain

Tarikh Tempahan

Tarikh tempahan dibuka adalah tiga (3) kali setahun iaitu:

  • Buka bermula 1 Mac (Tarikh penginapan 3/5 –2/9)
  • Buka bermula1 Julai (Tarikh penginapan 3/9 –2/1)
  • Buka bermula1 November (Tarikh penginapan 3/1 –2/5)

Cara Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online)melalui laman web BPH, https://www.bph.gov.my/

Pemohon dikehendaki mendaftardi laman web BPH bagi mendapatkankata laluan / aksesmenggunakan sistem permohonan atas talian dan seterusnya membuat permohonansecara atas talian;

Pemohon dikehendaki sentiasa mengemaskini maklumat dalam Sistem HRMIS bagi memastikan maklumat terkini yang akan digunakan oleh sistem tempahan;

Bagi tetamu yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, HANYA suami/ isteri pemohon yang tersenarai dalam surat kelulusan penginapan dibenarkan untuk mendaftar masuk

blank

Waktu Daftar Masuk

Waktu daftar masuk dan keluar adalah seperti berikut:

RPP/RT yang diuruskan oleh BPH

  • Waktu Daftar Masuk: jam 2.00 petang–5.00 petang
  • Waktu Daftar Keluar: jam 12.00tengahari

RPP yang diuruskan oleh Operator

  • Waktu Daftar Masuk: jam 3.00 petang
  • Waktu Daftar Keluar: jam 12.00 tengahari

*Operator boleh mengenakan caj tambahan sekiranyamelibatkan waktu luar daripada yang ditetapkan

Pengalaman Menginap Di RPP

Kali pertama check in di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands…4 hari 3 malam di sini…

blank

Lokasi RPP Cameron Highland terletak di Tanah Rata..pemandangan sangat cantik sebab RPP ni terletak di atas bukit dan kawasannya agak privasi….cuaca lak agak sejuk tambah2 kalau waktu malam…gigil weyhh…

blank

RPP Cameron Highland adalah khas untuk kakitangan awam dan kadar bayaran untuk 1 malam adalah rm50.00 sahaja..untuk bilik biasa mcm ni..

Puas hati sangat…bilik besar….katil ada satu queen dan satu single…keadaan bilik sangat bersih…dengan kata lain berbaloi2…betul ada orang kata macam penginapan 5 *

blank
blank

Nak booking boleh ke laman web www.bph.gov.my. booking hanya melalui online sahaja…

RPP Cameron Highland ni ada 4 jenis unit …(tambahan maklumat)

** Rumah Peranginan Persekutuan (Eksekutif)

1- Banglo 3 bilik – Rm150 untuk 1 malam ( Gred 48 ke atas sahaja layak memohon)

2- Apartment 2 bilik – Rm100 untuk 1 malam ( semua gred layak memohon)

3- Bilik biasa (mcm kami duduk tu ) – Rm50.00 untuk 1 malam (semua gred layak memohon)

blank
blank

** Rumah Peranginan Persekutuan (Premier)

1-Banglo 4 bilik – RM200.00 ( Jusa A sahaja layak mohon*untuk waktu puncak..dan Jusa c untuk luar waktu puncak

** cara nak booking dan nak tengok senarai RPP ada di gambar

** kena cuba banyak kali hokey kalau nak booking…jangan cepat putus asa…semoga berjaya dan selamat bercuti

rumah peranginan persekutuan
blank
blank
blank
rumah peranginan persekutuan
rumah peranginan persekutuan

Tarikh tempahan dibuka adalah tiga (3) kali setahun iaitu:
i. Buka bermula 1 Mac (Tarikh penginapan 3/5 –2/9)
ii. Buka bermula1 Julai (Tarikh penginapan 3/9 –2/1)
iii. Buka bermula 1 November (Tarikh penginapan3/1 –2/5)

Detail garis panduan RPP boleh rujuk sini – http://www.bph.gov.my/sbbphv2/documents/Pekeliling/Garis_Panduan/garis_panduan_pengurusan_rpp.pdf#viewer.action=download

**Pekeliling peraturan penggunaan RPP klik sini http://www.bph.gov.my/sbbphv2/documents/Pekeliling/Pekeliling/SPA022015_peraturan_menggunakan_rpp_28.07.2015.pdf#viewer.action=download

Kredit : Facebook NaeamahBalqis

Maklumat Lanjut: https://www.bph.gov.my/portal/rpp-laman-utama/

Baca juga: Cuti Penggal 3 (Cuti Akhir Tahun 2022) & Tarikh Mula Sekolah Sesi 2023 / 2024