Grand Lexis Tawar Promosi Istimewa Merdeka 2021, Wajib Lengkap 2 Dos
PROMOSI MERDEKA STAYCATION GRAND LEXIS 2021
Berita baik untuk anda yang sudah lengkap dua dos vaksin!
Lexis Hotel Group teruja mengalu-alukan para tetamu yang lengkap vaksin ke hotel-hotel mereka, khususnya Negeri Sembilan dan Pulau Pinang berikutan kelonggaran SOP dalam fasa kedua Pelan Pemulihan Negara.
Promosi Merdeka Staycation Grand Lexis
Penduduk tempatan di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang lengkap divaksin, boleh menikmati percutian penginapan di Lexis Hibiscus Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson atau Lexis Suites Penang, dengan harga yang berpatutan dengan promosi Merdeka Staycation sehingga 30 September tahun ini.
Baca juga: Ini SOP & Tips Menginap Di Hotel Yang Anda Perlu Ikut Selepas Tamat PKP
Syarat-Syarat Promosi Merdeka Staycation Grand Lexis 2021
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hotel-hotel dan resort Lexis terbuka kepada pekerja essential. Dari 26 Ogos 2021, hotel-hotel dan resort Lexis akan terbuka kepada semua tetamu di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, yang telah lengkap divaksin yang memenuhi syarat mengikut kriteria berikut:
- Semua petugas barisan hadapan (frontliner)
- Pekerja essential dengan surat kelulusan MITI
- Warganegara Malaysia dan warganegara asing yang lengkap divaksin (Fasa 2)
Individu-individu yang telah lengkap divaksin adalah individu yang telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:
- Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (seperti Cormirnaty (Pfizer-BioNTech), Vaxzevria(Oxford-AstraZeneca) dan CoronaVac (Sinovac) – individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua
- Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (seperti COVID-19 Janssen (Johnson&Johnson) dan Convidecia (CanSino) – individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan
- Kad/Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 dikemukaan sebagai pembuktian
Individu-individu yang berminat dengan promosi Promosi Merdeka Staycation Grand Lexis 2021 boleh hubungi:
Lexis Hibiscus Port Dickson dan Lexis Suites Penang: [email protected] / 011-31376550 (WhatsApp)
Grand Lexis Port Dickson: [email protected] / +06-653 2200
Promosi ini tertakluk dengan terma dan syarat. Untuk maklumat terlanjut, sila kunjungi laman web hotel-hotel dan resort berikut:
Lexis Hibiscus Port Dickson: https://www.lexishibiscuspd.com/
Grand Lexis Port Dickson: https://www.grandlexispd.com
Lexis Suites Penang: https://www.lexissuitespenang.com
Selamat bercuti!
Baca juga: Domino’s Vaccination Offer Dilanjutkan Ke 19 Sept: 2 Pizza RM19 Je!