in

Nak Bercuti? Ini Senarai Hotel & Homestay Berdaftar MOTAC Untuk Pelepasan Cukai RM1000

senarai hotel motac
ADVERTISEMENT

SENARAI HOTEL & HOMESTAY MOTAC UNTUK PELEPASAN CUKAI 2021 (RM1,000)

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin dalam Perutusan Khas PEMERKASA telah memaklumkan 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan.

Bagi sektor pelancongan, PEMERKASA menggariskan beberapa inisiatif, termasuk kerajaan turut melanjutkan pengecualian cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan ke atas penginapan disediakan pengendali hotel, melanjutkan galakkan cukai kepada syarikat pengendali pelancongan, selain membenarkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan kepada syarikat industri pelancongan serta industri.

ADVERTISEMENT
Cukai pelancongan 2020 yang dilanjutkan sehingga 2021

Kerajaan juga akan memberikan bantuan tunai secara one-off sebanyak 600 ringgit kepada pengusaha homestay yang berdaftar dengan MOTAC yang dijangka memanfaatkan lebih 4,000 tuan rumah atau pengusaha Program Pengalaman Homestay. 

Jadi, kalau nak bercuti apa kata ambil peluang menginap di hotel-hotel dan homestay yang berdaftar dengan MOTAC ini supaya kita boleh claim cukai pendapatan sehingga RM1,000.

Ini cara buat semakan senarai hotel dan homestay yang berdaftar tersebut di laman web MOTAC.

Senarai Hotel & Homestay Berdaftar MOTAC Untuk Pelepasan Cukai RM1000

Senarai Hotel Berdaftar MOTAC

Untuk membuat semakan senarai hotel yang berdaftar dengan MOTAC, anda boleh mengikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya Malaysia iaitu http://www.motac.gov.my/
  2. Kemudian, pilih Menu Perkhidmatan
  3. Klik Semakan
  4. Pilih Semakan Hotel Berdaftar
  5. Senarai hotel yang telah berdaftar dengan MOTAC akan dipaparkan mengikut Negeri seperti di bawah ini:
senarai hotel motac

Baca juga: Senarai Pelepasan Cukai 2020 / 2021 (e-Filing Individu)

Senarai Homestay Berdaftar MOTAC

Selain hotel, pelepasan cukai RM1000 juga boleh didapati melalui penginapan homestay, tetapi mestilah homestay yang berdaftar dengan MOTAC ya!

Sekarang ni memang makin ramai yang tawarkan kemudahan penginapan, jadi kalau nak dapatkan pelepasan cukai kerajaan untuk tahun 2021 ni, kita kenalah pilih yang telah berdaftar saja.

Nak tengok senarai homestay yang berdaftar dengan MOTAC, boleh tengok di laman web MOTAC juga:

  1. Layari laman web Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya Malaysia iaitu http://www.motac.gov.my/
  2. Kemudian, pilih Menu Program Kementerian
  3. Klik Homestay / KampungStay
  4. Tekan Maklumat Lanjut
  5. Kemudian, Muat Turun Dokumen berikut: Direktori Pengerusi Homestay Negeri
  6. Senarai homestay yang telah berdaftar dengan MOTAC akan dipaparkan mengikut Negeri seperti di bawah ini:

Nak lagi mudah, anda boleh download terus senarai homestay yang berdaftar dengan MOTAC di SINI:

Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk menyediakan bantuan tunai secara one-off sebanyak RM600 kepada pengusaha homestay yang berdaftar dengan MOTAC menerusi pengumuman PEMERKASA.

Jadi, bagi pengusaha homestay yang belum berdaftar dengan MOTAC, inilah masanya untuk anda berbuat demikian untuk melayakkan anda menerima pelbagai inisiatif di samping memporomosikan homestay masing-masing.

Untuk membuat pendaftaran homestay, sila rujuk di sini: MOTAC: Borang Pendaftaran Homestay / Projek Pelancongan 2021

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fungsi Baru MySejahtera – Cara Daftar Vaksin Untuk Tanggungan

sk taman cempaka

COVID-19: SK Taman Cempaka Diarah Tutup, Murid Jalani Ujian Calitan