Air Asia Tawar Tiket Penerbangan Serendah RM24 Pergi Balik Ke Langkawi!
Setelah sekian lama tidak boleh beriadah dan berekreasi seperti melancong atau pulang ke kampung sejak bermulanya PKP semula, kini rakyat boleh menarik nafas lega selepas pengumuman gelembung pelancongan bermula 16 September ini oleh kerajaan.
Gelembung pelancongan itu juga termasuk kepada negeri yang berada di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan tidak terbuka kepada individu di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Sejurus pembukaan Langkawi bersempena dengan pengumuman Gelembung Pelancongan Projek Rintin Pulau Langkawi, syarikat penerbangan, Air Asia telah memperkenalkan promosi istimewa kepada orang ramai.
Air Asia Tawar Harga Serendah RM24 Pergi Balik
Air Asia tidak menunggu lama untuk menawarkan menawarkan tiket penerbangan serendah RM12 ke Langkawi dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh dan Kota Bahru.
Promosi yang ditawarkan ini berlangsung sekarang sehingga 19 September dan akan melakukan penerbangan bermula 16 September hingga 26 March 2022.
Menerusi perkongsian oleh @Pemburu Tiket Murah di laman Twitter, anda juga boleh berpeluang mendapatkan tiket serendah RM24 untuk penerbangan pergi dan pulang ke Langkawi.
Tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Langkawi bermula serendah RM12 sehala dan RM24 pergi balik!
— Pemburu Tiket Murah (@pmbrutiketmurah) September 9, 2021
Yang mana AirAsia credit menimbun-nimbun tu jom kita ke Langkawi! Fully vaccinated dah boleh travel guys! pic.twitter.com/E2yu5g0DGA
Perlu Mohon Kebenaran Polis
Walaupun kerajaan telah mengumumkan Gelembung Pelancongan Projek Rintin Pulau Langkawi, orang ramai yang ingin mengunjungi Pulau Langkawi perlu memohon kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu.
Orang yang perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan kepada pihak polis seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.
Masyarakat yang ingin membuat penerbangan digalakkan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan peningkatan wabak kembali.