Senarai Hotel Pemegang Sijil Halal JAKIM Di Malaysia (Terkini 2021)
Senarai Hotel / Resort yang memiliki Sijil Pengesahan Halal JAKIM di setiap negeri di Malaysia
Dah masuk bulan Ramadan ni, tentu ramai yang nak pergi berbuka secara buffet di hotel-hotel kan?
Mengikut SOP terkini, hotel-hotel dan restoran dibenarkan menganjurkan majlis berbuka dengan mengikut kapasiti dan penjarakan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Namun sebagai umat Islam, lebih elok jika kita mengetahui dan membuat status halal bagi sesebuah restoran / premis bagi memastikan kita lebih yakin terhadap makanan tersebut.
Dalam perkongsian terkini oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), telah dikongsikan Senarai Hotel Pemegang Sijil Halal Malaysia Negeri Melaka.
Jika anda tertanya-tanya apakah pula status halal hotel di negeri masing-masing, anda boleh membuat semakan dengan cara mudah melalui atas talian sahaja.
Di sini kami kongsikan caranya ya!
Baca juga: Nak Bercuti? Ini Senarai Hotel & Homestay Berdaftar MOTAC Untuk Pelepasan Cukai RM1000
Cara Buat Semakan Senarai Hotel Halal JAKIM Di Malaysia
Untuk mengetahui status halal restoran/dapur hotel yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, layari www.halal.gov.my dan muat turun aplikasi telefon pintar Verify Halal.
Cara membuat semakan hotel berstatus halal JAKIM adalah seperti berikut:
- Layari laman web Direktori Semakan Halal JAKIM di pautan http://www.halal.gov.my/
- Pilih negeri atau masukkan maklumat carian anda.
- Pilih kategori Hotel / Resort seperti di atas.
- Tarikh pendaftaran / tarikh luput sijil halal akan disenaraikan.
Carian ini juga boleh digunakan untuk membuat semakan kepada premis makanan seperti restoran-restoran.
Jadi, gunakanlah kemudahan ini sebelum anda membuat tempahan ya.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Peniaga Letak Had Minima & Surcaj Pembelian Melalui Kad Kredit/Debit Boleh Dilaporkan