Cara Cek Status Trafik Semasa Di Lebuhraya Secara Online
Cara Check Status Trafik LIVE Melalui Portal LLM
Kebenaran merentas negeri sememangnya ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia. Ini kerana sudah lama tidak pulang ke kampung berjumpa keluarga dan berjalan-jalan ke negeri orang.
Ekoran daripada itu, jalan raya yang dulunya lengang dengan kenderaan pasti akan sibuk dengan kenderaan baik dari utara dan selatan. Ianya bagaikan sambutan hari raya yang dahulunya tidak dapat disambut meriah.
Bagi anda yang bercadang untuk merentas negeri, perancangan perjalanan sangat lah penting untuk mengelakkan anda tersangkut di dalam jem yang panjang dan lama. Kerana ianya akan memenatkan badan.
Baca juga : Nak ke Langkawi tak perlu lagi buat ujian Covid-19
Melalui laman Twitter, seorang lelaki yang menggunakan nama akaun @_Afnanfaiq ini membuat bebenang bagaimana anda boleh periksa aliran trafik dengan menggunakan portal LLM.
Cara Check Status Trafik LIVE Di Portal LLM
Bagi yang kurang jelas bagaimana ingin memeriksa aliran trafik semasa di laman web LLM boleh ikuti panduan di bawah:
1. Layari laman web rasmi untuk ke portal LLM di pautan ini.
2. Klik ‘Paparan penuh CCTV’ di bahagian ‘Status Trafik Semasa’.
3. Klik ‘Sila Pilih Lebuhraya’ dan pilih leburaya yang akan anda gunakan di perjalanan anda nanti.
4. Di dalam portal LLM tadi, Paparan CCTV lebuhraya pilihan akan keluar macam gambar di bawah.
Bagi yang ingin merentas negeri sekali lagi diingatkan untuk memeriksa diri anda dahulu seperti perkara di bawah:
- Pastikan diri sudah melengkapkan 2 dos vaksinasi serta tempoh matang 14 hari.
- Lakukan ujian Covid-19 kendiri dan jika negatif barulah merentas negeri.
- Sekiranya anda mengalami gejala seperti demam, batuk dan selsema, dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan terlebih dahulu.
- Bagi individu yang disahkan positif dan sedang dalam tempoh pengasingan dan pemantauan, atau individu yang dikenal pasti kontak rapat yang sedang menjalani perintah kuarantin dan pengawasan, aktiviti pelancongan tidak dibenarkan sama sekali.
Selain itu, mereka juga digalakkan supaya menggunakan Waze atau GoogleMap untuk merancang perjalanan mereka sepanjang musim perayaan ini.
Maklumat trafik terkini juga boleh diperolehi menerusi Twitter PLUSTrafik.
Sumber: Twitter