Tidak Perlu Buat Ujian Covid-19 Sebelum ke Langkawi Mulai 12 Okt – KJ

Kebenaran rentas negeri yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini membuatkan ramai keliru dengan beberapa prosedur yang dikenakan sebelum ini seperti keperluan membuat ujian Covid-19 bagi yang ingin ke Langkawi.

Susulan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyemak semula keperluan pengujian status jangkitan COVID-19 sebelum melancong ke Langkawi.

Menerusi laman Twitter KKM, satu kenyataan media telah dibuat oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin memaklumkan KKM telah membuat keputusan untuk memberhentikan keperluan ujian pengesanan COVID-19 bagi yang ingin melancong ke Langkawi mulai 12 Oktober.

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin

Kepututsan itu dibuat setelah mengambil kira peratus pelancong yang dikesan positif Covid-19 semasa saringan yang sangat rendah.

Bagaimanapun sebagai langkah mengukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri, para pelancong digalakkan untuk melakukan ujian COVID-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan ke Langkawi bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada pelancong lain.

Baca juga: Senarai Tiket Penerbangan Dengan Harga Promosi Daripad Malaysia Airlines

Pun begitu, syarat wajib vaksinasi lengkap bagi semua pelancong dewasa masih kekal dan harus dipatuhi. Namun sekiranya anda mengalami gejala seperti demam, batuk dan selsema, dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan terlebih dahulu.

Bagi individu yang disahkan positif dan sedang dalam tempoh pengasingan dan pemantauan, atau individu yang dikenal pasti kontak rapat yang sedang menjalani perintah kuarantin dan pengawasan, aktiviti pelancongan tidak dibenarkan sama sekali.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: