in ,

IOI City Farm (Mini Zoo IOI Mall) : Harga Tiket & Waktu Operasi

ioi city farm
ADVERTISEMENT

IOI City Farm : Ladang dan Mini Zoo dalam Pusat Beli Belah Pertama di Malaysia!

Dengan lengkapnya fasa kedua bermula 25 Ogos 2022, kini IOI Mall Putrajaya menjadi pusat beli belah terbesar di Malaysia, menjadikan keluasan Mall menjadi 2.5 juta kaki persegi.

Wah, besar sungguh tu kan?

ADVERTISEMENT

Dikhabarkan dalam pusat beli-belah ini terdapat lebih 200 restoran dan cafe untuk dipilih selain dilengkapi Exhibition Hall dan Convention Center.

Bukan setakat ‘kedai retail’, dalam mall ni juga akan ada IOI City Farm yang berkonsepkan ‘Mini Zoo’ atau ‘Ladang’ juga tau.

Menarik tu, boleh main kejar-kejar haiwan jinak tanpa mandi peluh atau sunburn kan?

Jom kami kongsikan lebih lanjut tentang IOI City Farm ini untuk ibu bapa yang dah tak sabar nak bawa anak jalan-jalan di sana.

Apakah IOI City Farm?

IOI City Farm merupakan taman hiburan dan pembelajaran dalam pusat beli-belah untuk kanak-kanak mengenal tumbuh-tumbuhan serta haiwan yang bakal dibuka kepada umum Khamis ini.

Melalui ruang pameran seluas 18,000 kaki (1,672 meter persegi), taman yang menelan belanja RM10 juta itu memiliki tiga zon iaitu Greenland, Little Rimba dan Freshwater World.

Akhirnyaaa, impian ramai ibu-bapa tercapai jugalah kan.

Pengalaman umpama outdoor untuk kanak-kanak, tapi dalam mall. Ada penghawa dingin, tak ada alasan anak-anak panas. Nak makan pun senang, lepas tu boleh shopping barang dapur sekali.

Kalau yang tertanya-tanya tu, eh kenapa sebelum ni tak pernah nampak pun benda ni?

Ha, sebab IOI City Farm ini terletak di bahagian baru IOI City Mall. Fasa 2 tu mula dibuka Khamis 25 Ogos 2022 yaaa. Jangan lupa datang.

Apa Yang Menarik Di Sini?

Secara ringkas, di dalam mini zoo atau ladang ini ada 3 zon, iaitu :

  • Green Land (Zon Tumbuhan): memaparkan akuaponik dan tumbuhan karnivor
  • Little Rimba​ (Zon Haiwan): menampilkan haiwan peliharaan comel seperti sugar glider, landak, arnab dan musang fennec.
  • FreshWater World (Zon Akuatik): mempamerkan sturgeon besar dan arapaima dari Amazon.
ioi city farm

Jom tengok gambar-gambar yang dikongsikan di media sosial IOI_City Farm.

ioi city farm tiket
ioi city farm harga
ioi city farm harga tiket
ioi city farm mall
ioi city farm zoo mall

Harga Tiket

Tiket masuk ke IOI City Farm dijual pada RM48 untuk kanak-kanak dan RM37 bagi golongan dewasa untuk hari biasa, manakala pada hari minggu, ia dijual pada RM58 bagi kanak-kanak dan 48 untuk dewasa. 

Ringkasan Harga tiket :

  • Dewasa : RM37 bagi Hari Minggu ; RM48 bagi Hujung Minggu
  • Kanak-Kanak : RM48 bagi Hari Minggu; RM58 bagi Hujung Minggu
  • Warga Emas & OKU: RM32 Setiap Hari

Lokasi : IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City 62502 Putrajaya, Malaysia

Telefon : 03-8328 8888

E-mel: [email protected]

Laman web : https://www.ioicitymall.com.my/IOICityFarm/

Media sosial : IOI City Farm Facebook dan Instagram.

Baca juga:

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

perantisiswa

PerantiSiswa 2022: Semakan Status & Tarikh Terima Peranti

Cara Kira Overtime (Pindaan Akta Kerja 2022)