Cruise Tasik Putrajaya: Harga Tiket, Pakej Bot & Waktu Operasi Terkini
SENARAI HARGA TIKET / PAKEJ DAN WAKTU OPERASI CRUISE TASIK PUTRAJAYA
Sejak masuk Fasa 4 ni, macam-macam aktiviti dah dibenarkan dan ramai yang dah mula rentas negeri kan? Jom ramai-ramai datang ke Cruise Tasik Putrajaya hari ini!
Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan untuk anda berekreasi dengan keluarga dan mencipta kenangan unik dengan orang tersayang.
Produk-produk di Cruise Tasik Putrajaya terdiri daripada Cruise Boat, Perahu Dondang Sayang, Picnic Boat dan juga Buggy Ride.
Harga tiket Cruise bermula dari RM15. Bukan itu je, harga Perahu Dondang Sayang bermula RM10 saja tau!
Boleh rujuk gambar-gambar di bawah ini:
Sightseeing Cruise
Harga Cruise boat ni RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak warganegara Malaysia.
Tapi ada juga harga pakej yang berbaloi boleh anda dapatkan untuk satu keluarga. (Rujuk jadual di bawah ok)
Perahu Dondang Sayang
Perahu Dondang Sayang ni harganya RM20 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak.
Ada pakej ditawarkan untuk keluarga juga.
(Rujuk jadual di bawah ok!)
Picnic Boat
“Picnic Boat” adalah bot yang anda sendiri kendalikan.
Muatan 4 orang termasuk pengendali. Jangan risau, ia memang mudah dikendalikan.
Harganya RM50 untuk 1 bot.
Love Boat
Untuk pasangan yang meninginkan pengalaman romantik, ada juga pakej ‘love boat’.
Boleh menjamu selera secara berdua bersama yang tersayang di atas perahu.
Senarai Harga Tiket & Pakej Cruise Tasik Putrajaya
Senarai harga tiket untuk produk-produk di Cruise Tasik Putrajaya.
Harga pakej Love Boat pula seperti yang tertera dalam poster di bawah:
Waktu Operasi
Ramai yang tertanya-tanya, pukul berapa Cruise jalan? Berapa lama masa menaiki Perahu Dondang Sayang, Picnic Boat dan Buggy Ride?
Waktu operasi dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari.
Save gambar ini tau dalam phone korang.
At least, senanglah nanti nak terjah ke Cruise Tasik Putrajaya.
SOP Pakej Dining & Love Boat Cruise Tasik Putrajaya
Sila rujuk SOP ini sebelum membuat tempahan.
Baca juga: Zipline Taman Tasik Shah Alam : Harga Tiket Terkini & Waktu Operasi
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, anda sila hubungi
- Lokasi : Cruise Tasik, Presint 1, 62000 Putrajaya
- Telefon : 03-8881 0648
- Laman web : https://www.cruisetasikputrajaya.com/
- Facebook: https://www.facebook.com/CruiseTasikPtjy
ATAU
Hubungi pegawai pemasaran Cruise Tasik Putrajaya di saluran berikut:
- Farra (majlis korporat / kerajaan) : 012-677 0686
- Fahmi (aktiviti rekreasi / sukan air) : 013-887 3452
- Dean (majlis perkahwinan / anniversary) : 019-317 7380
- Amir ((tour & sightseeing) : 017-370 6900
- Aen (majlis / pertanyaan umum) : 013-624 9945
Baca juga: