Maksud Sanah Helwah & Ucapan Hari Lahir Islam

Maksud Sanah Helwah & Ucapan Hari Lahir Islam

Hari jadi adalah merupakan hari istimewa bagi setiap individu. Bagi meraikannya, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menunjukkan ingatan kepada orang tersayang anda termasuklah dengan memberi ucapan khas.

Ucapan khas yang sering diucapkan adalah seperti berikut; Happy Birthday, Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Lahir, Selamat Ulang Tahun, dan juga Sanah Helwah. 

Untuk artikel kali ini, ia akan memfokuskan mengenai ucapan hari lahir secara islamik, iaitu Sanah Helwah dan juga maksudnya. 

BACA JUGA: Maksud Introvert Sebenar & Ciri-Ciri Anda Seorang Introvert

Maksud Sanah Helwah

maksud sanah helwah

Untuk pengetahuan anda, maksud Sanah Helwah adalah merupakan perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud ‘Semoga mempunyai tahun yang baik’.

Namun ia sering digunakan sebagai ucapan Happy Birthday ataupun Selamat Hari Jadi/dll. Sekiranya anda mencari versi lain ucapan hari jadi, anda bolehlah menggunakan perkataan Sanah Helwah ini.

Dari segi ejaan pula, terdapat pelbagai ejaan sanah helwah seperti sana helwa, sanah helwa dan sana helwa. Walau bagaimanapun, sebenarnya semua perkataan ini tetap membawa maksud yang sama.

Penggunaan perkataan Sanah Helwah adalah variasi ucapan hari jadi yang telah banyak digunakan pada masa kini untuk memberikan kelainan ketika memberikan ucapan selamat.

Contoh Ucapan Sanah Helwah Untuk Anak/Ibu/Ayah Dll

Berikut adalah contoh ucapan Sanah Helwah yang anda boleh jadikan sebagai rujukan untuk mengucapkan selamat kepada insan tersayang anda sempena hari jadi mereka. 

1. Sanah_Helwah ya Ukhti/Akhi/Abi/Umi. Semoga di hari kelahiranmu ini memberi kegembiraan untuk mu. 

2. Sanah_Helwah! Barakallah Fii Umrik! (Semoga mendapat berkah dari Allah dalam usiamu)

3. Sanah_Helwah! Semoga yang baik-baik untukmu sentiasa. 

4. Sanah_Helwah. Semoga panjang umur, murah rezeki, dilindungi Allah selalu dan sentiasa cemerlang di dunia juga akhirat.

5. Barakallah fii umrik anakku. Kekal jadi anak yang baik dan berbakti kepada ibu dan ayah. Dikaulah permata yang paling berharga untukku dunia dan akhirat.

6. Sanah_Helwah! Semoga kuat hadapi dunia baru ini dengan penuh kejayaan dan kebaikan.

7. Sanah_Helwah sahabatku! Semoga akan lebih banyak kegemilangan menantimu di hari-hari yang mendatang.

8. Barakallah fii umrik, anakku sayang. Semoga Allah SWT memberikanmu umur yang panjang dan keberkahan dalam hidupmu. Semoga kehadiranmu selalu mampu menjadi pelipur lara kami, serta obat hati dan penyejuk hati kami.

9. Sanah_Helwah wahai Ibuku. Semoga sentiasa berada di bawah lindunganNya dan dikurniakan kesihatan sentiasa. Engkaulah ibu yang terbaik bagi anakmu dan doakan kejayaan anak-anakmu selalu. 

10. Sanah_Helwah untuk ayahanda tercinta. Semoga Allah SWT memberkati ayah, panjangkan umurnya dan berikan kempurnaan kesihatan. 

11. Sanah_Helwah! Barakallah fii umrik. Semoga dengan bertambah usiamu, maka semakin bertambah sempurna iman serta akhlakmu.

12.  Sanah_Helwah! Barakallah fii umrik! Semoga Allah SWT selalu memberikan rahmat di sepanjang fasa kehidupan kamu pada masa hadapan. 

13. Barakallah fii umrik ya, Sahabatku. Semoga engkau selalu dalam keberkahan. Sanah Helwah!

14. Alhamdulillah. Puji syukur ke hadirat Allah SWT. Telah bertambah satu tahun usiamu, sayangku. Semoga Allah memberimu kesihatan, keberkatan dan kesejahteraan untukmu. Sanah Helwah!

15. Sanah_Helwah yang ke-15 tahun! Semoga segala impianmu tercapai. Amin. 

BACA JUGA: Cara Buat Sijil Online Google Form & 10 Contoh Templat Sijil Penghargaan

Kesimpulan

Mengucapkan selamat atas hari kelahiran adalah salah satu cara untuk menghargai dan mengingati orang sekeliling kita. Selain memberi ucapan, kita juga dianjurkan untuk sentiasa mendoakan sesama insan agar beroleh kebaikan dan kesejahteraan dunia akhirat. 

Penggunaan ucapan Sanah Helwah tidak asing lagi pada masa kini. Ucapan sanah helwah ini juga disyorkan untuk  diletakkan bersama-sama dengan ucapan yang mendoakan keberkatan individu tersebut. 

Akhir kata, semoga artikel ini bermanfaat untuk anda!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: