Cara Buat Sijil Online Google Form & 10 Contoh Templat Sijil Penghargaan
Cara Mudah Buat Sijil Online Guna Google Form Serta Contoh Templat Sijil Penghargaan / Penyertaan
Tentu latihan menerusi Google Form sudah tidak asing lagi buat rakan-rakan guru kan?
Malah semasa cuti PKP ini latihan menerusi online amat popular dalam kalangan guru. Murid-murid pun dah handal menjawab soalan dan latihan yang diberikan menerusi Google Form ini.
Sesekali, guru-guru bolehlah sediakan sijil untuk mereka sebagai tanda penghargaan, atau sekiranya kuiz dilakukan bagi event penting contohnya Kuiz Hari Merdeka.
Di sini kami akan kongsikan cara mudah menjana sijil dari Google Form dengan mudah dengan langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh Fatihah Manaf dari Facebook.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru atau sesiapa sahaja yang berkenaan.
Cara Buat Sijil Online Dari Google Form
- Sijil akan direct masuk ke emel yg kita key-in dalam Google Form
- Nama seelok-eloknya gunakan semua huruf besar sebab nama tu akan link ke sijil nanti.
- Saya setting 80% baru layak utk dpt sijil. Kita boleh tukar dan setkan sendiri dan tentukan markah berapa untuk layak mendapat sijil.
- Saya tunjukkan langkah dari awal sampai akhir cara nak buat sijil menggunakan Google Form.
- Setelah selesai jawab soalan, ibubapa murid boleh download e-sijil / sijil digital ini sebagai kenangan atau simpanan.
Ini contoh soalan yang saya buat:
https://forms.gle/SncRRzCYuZYXq4Bb7
Boleh pilih design yang dah ada atau buat template sendiri ikut kreativiti anda.
Ini contoh design sijil yang dah ada.
Boleh pilih mana-mana template yang sesuai berdasarkan tema kuiz Google Form. (Boleh rujuk cara buat template sijil sendiri untuk Google form – skrol ke bawah lagi ok!)
Ini adalah template yang percuma dari Certify’Em, kita boleh pelbagaikan atau guna template kita sendiri. (Sila rujuk di bawah untuk download template sijil yang lain.
Dah siap, ada jugalah kenangan jawab kuiz PdPR ni
Mudah kan cara bua sijil di Google Form? Insha Allah semua boleh buat.
Kredit : Fatihah Manaf
Cara Buat Template Sijil Sendiri (Custom Template)
Di bawah ni cara-cara untuk buat template sendiri menggunakan GOOGLE SLIDES.
- Save kan templete sijil dalam bentuk PNG
- Pergi dekat Drive.
- Tekan Google Slides.
- Kemudian upload templat sijil yang kita buat.
- Boleh create isi-isi sijil, contohnya nak masuk tandatangan, cop dan sebagainya.
- Buka Google Form, pergi ke Add on certify > Enable certify > Turn ON
- Kemudian di Template tekan Use A Custom Template.
- Bolehlah buat soalan macam biasa.
NOTA: Untuk panduan bergambar boleh rujuk posting oleh Fatihah Manaf di pautan berikut https://www.facebook.com/100002442791345/posts/2828278133930252/?d=n&refid=56
Selamat mencuba kawan-kawan.
DOWNLOAD : 10 Contoh Templat Sijil PdPR
Di sini, kami kongsikan juga 10 Templat Sijil yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan contoh design sijil yang berlainan.
(Kredit sumber: Sistem Guru Online)