Cara Buat LinkTree – Gabungkan Banyak Link Dalam Satu

CARA MUDAH UNTUK BUAT LINKTREE (GABUNG BANYAK LINK DALAM SATU)

Pernahkah anda dengar tentang LinkTree?

Bagi yang pernah membuat pembelian online atau sentiasa menggunakan platform online untuk pekerjaan ataupun mempromosikan sesuatu produk, tentu pernah dengar tentang ini kan?

LinkTree adalah satu platform yang digunakan untuk memudahkan navigasi tentang sesuatu perkara dalam satu pautan utama.

Melalui pautan ini, kita boleh menghasilkan beberapa lagi pautan yang berkaitan untuk memberi penerangan lanjut tentang perkara tersebut.

Kredit: teknolagi.net

Di sini kami kongsikan bagaimana cara untuk menghasilkan sebuah link yang dapat menggabungkan semua link berkaitan (contohnya link Whatsapp, Facebook, Telegram, Shopee dan sebagainya dalam hanya 1 link) menggunakan LinkTree.

Sila rujuk tutorial oleh Norul Aswin Norzain ini.

Korang pernah tak macam Awin, ada banyak link yang nak share dekat profile?
Tak kisah la dekat profile Facebook atau Instagram.

Nak share link Whatsapp untuk bisnes, link webshop, link Shopee, link Telegram personal yang Awin pernah share tentang Tips dan Itinerary Travel dan macam-macam link lagi.

Sebelum ni selalu je nampak orang pakai Linktree tapi tak pernah nak buat.

Tapi sejak ada banyak link nak share, nak mudahkan customer senang contact Awin atau buat pembelian barang yang Awin jual, so Awin buat jugaklah Linktree ni.

Yang berbisnes sangat sesuai tau buat Linktree ni.
Jom buat dan follow steps ni. Mudah sangat.

  1. Buka link https://linktr.ee/
  2. Klik Get Started For Free button
  3. Isi form
  4. Isikan Nama Penuh dan Kategori (based on korang punya linktree links)
  5. Pilih Free $ plan
  6. Buka email yang di register dan click Verify Email
  7. Untuk tambah link, klik Add New Link button. Isikan description link beserta link.
  8. Klik Appearance tab and isikan nama, pilih theme yang korang suka dan dah siap!
  9. Copy URL linktree tu dan paste kan URL tersebut dekat profil social media korang (Instagram / Facebook)

Rujuk langkah bergambar di bawah:

LANGKAH 1

LANGKAH 2

CARA BUAT LINKTREE

LANGKAH 3

LANGKAH 4

LANGKAH 5

LANGKAH 6

linktree

LANGKAH 7

LANGKAH 8

linktree

LANGKAH 9

SELESAI!

Dah siap bolehlah gunakan link ini untuk profile kita.

linktree

Ni contoh bila Awin letak dekat profile IG dan FB. Bila orang klik, akan keluar senarai link macam ni. Boleh link kan ke Whatsapps, IG, FB, website atau account Shopee.

linktree

Semua link kita akan compile kan dalam satu tempat, so jadi lebih kemas dan teratur.
Jangan lupa buat ok? Selamat mencuba!

Sumber: Norul Aswin Norzain

Baca juga: Google Family Link: Cara Limit Screen Time & Pantau Aktiviti Anak Di HP

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: