Hotspot Tracker MySejahtera: Cara Kesan Kes COVID19 Dari 1km Radius
Tahu tak, kita semua sebenarnya boleh mengesan kes positif COVID-19 yang dilaporkan dalam lingkungan 1 km dari kawasan tertentu menggunakan ‘Hotspot Tracker’ menerusi aplikasi MySejahtera.
Mungkin ada yang tak perasan dan tak pernah guna lagi ciri ini di Apps MySejahtera masing-masing.
Dengan adanya Hotspot Tracker MySejahtera ini, ia dapat membantu orang awam untuk menjalankan aktiviti harian dan merancang perjalanan harian secara lebih berhati-hati selepas mengenal pasti kawasan berisiko.
Menurut Dr Noor Hisham, aplikasi ini boleh dijadikan panduan kepada setiap pengguna dalam membuat keputusan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Ini sejajar dengan pemerkasaan diri individu dan rakyat dalam membiasakan diri dalam kelaziman baharu kehidupan seharian.
Baca juga: PKP 2.0: Borang Permit Pergerakan PKP & PKPB PDRM (Download)
Nak tahu macam mana cara nak gunakan Hotspot Tracker ni?
Jom tengok langkah di bawah:
Cara Guna Hotspot Tracker MySejahtera
- Buka Apps MySejahtera
- Tekan TUTUP
- Nanti akan keluar paparan Menu Utama.
- Pilih ikon HOTSPOT (rujuk gambar di bawah)
- Masukkan lokasi kita atau lokasi yang kita nak pergi
- Keputusan akan dijana – Berapa kes COVI19 yang dikesan dalam 1km radius pada kawasan tersebut akan diberitahu.
Rujuk Panduan Bergambar Di Bawah
1. Buka apps MySejahtera
Macam biasa, nanti dia akan keluar macam ni macam masa kita nak check-in mana-mana kedai kan.
Dekat sini, tekan CLOSE.
Nanti akan keluar Menu Utama macam ni.
Nampak kan ikon HOTSPOT tu? Tekan dekat situ.
Nanti masukkan lokasi pada kotak SEARCH tu.
Pastikan GPS dekat handphone kita dah ON.
Contohnya saya nak pergi LHDN Ayer Keroh. Taipkan dan nanti akan keluar pilihan yang boleh kita klik.
Tak sampai berapa saat, kita boleh tengok keputusannya.
Kalau tak ada kes, akan keluar notis macam ni.
Kita boleh juga masukkan lokasi di rumah kita sendiri atau mana-mana lokasi lain.
Kalau ada kes dekat situ, cuba elakkan dulu melainkan betul-betul perlu.
Kita tidak disaran melakukan perjalanan tidak perlu (non-essential travel) ke kawasan yang mempunyai risiko jangkitan COVID-19.
Di bawah ni satu lagi contoh:
Contohnya dekat kawasan ni dikesan ada 16 kes!
Fuhh, bahaya tu kan…? So, kalau boleh elakkan dulu daripada pergi ke situ atau kalau terpaksa juga, pastikan ikut SOP yang ketat ok!
Baca juga: Pendaftaran Vaksin COVID19 & Senarai Soalan Lazim (FAQ) Oleh KKM
Selain itu, kita juga boleh check status kawasan kita sama ada red zone, yellow zone atau green zone pada bahagian Profile.
Kalau dah red zone, kita kenalah cuba sebaiknya untuk hadkan perjalanan atau keluar ke mana-mana.
Semua fungsi dalam MySejahtera ini dapat membantu kita mengelakkan jangkitan COVID19.
Jadi, jom kongsikan supaya lebih ramai tahu dan dapat manfaatkannya bersama!