Cara Nak Cari Handphone Hilang Guna Google (Boleh Block Sekali)

Cara Cari Handphone Hilang Guna Google (Android / iPhone)

Mungkin ramai dah tahu bahawa kita boleh kesan lokasi handphone yang hilang atau tercicir dengan mudah menggunakan Google.

Tak kiralah sama ada kita tersilap letak dalam rumah atau tengah silent phone, kita sebenarnya boleh bunyikan handphone tu.

Atau kalau dah last resort tak jumpa juga, kita boleh padam atau block segala data peribadi kita dalam tu (contohnya password / gambar / e-mail) untuk tujuan keselamatan.

Bagaimana caranya? Ini langkah step-by-step :

Cara Cari Handphone Hilang Guna Google

Ini cara untuk cari handphone yang hilang tanpa menggunakan apps, hanya melalui Google.

  1. Taipkan ‘Find My Device’ pada Google
  2. Login ke akaun Google menggunakan peranti lain
  3. Klik ‘Find your Phone’ – GET STARTED
  4. ‘Choose your device’ – Google akan paparkan akaun yang dah link dengan email Google kita tadi
  5. ‘Verify password’ – Maksudnya kena masukkan password sekali lagi
  6. Pilih Ring or Locate –
    • Ring – Kalau nak cari di tempat yang kita dah tahu (contohnya dalam rumah) boleh pilih ‘Ring’ supaya dia bunyikan walaupun tengah mode Silent. Nada dering anda akan dibunyikan dengan full volume selama lima minit. 
    • Locate – Tekan ‘Locate’ untuk jejak lokasi handphone yang hilang
  7. Setelah lokasi phone akan dipaparkan.
  8. Langkah seterusnya seperti berikut:
    • Block Phone – kita boleh aktifkan butang ‘Lock’ pada skrin telefon dengan cepat. Tapi kita masih boleh baca mesej pada skrin
    • Erase Device – tu last option andai kata tak dapat phone. Kiranya macam kita format balik supaya tak ada data (contohnya password internet banking) yang boleh diakses oleh orang yang jumpa phone kita

Rujuk langkah bergambar di bawah:

cara cari handphone hilang

Mula-mula sign in ke akaun Google kita di peranti lain. Boleh guna phone kawan atau laptop.

cara cari handphone hilang

Nanti akan keluar paparan macam ni.

Ade menu ‘Find Your Phone’

Tekan GET STARTED.

cara cari handphone hilang

Pilih peranti yang kita nak cari.

Verify password untuk sahkan identiti kita.

cara cari handphone hilang

Boleh pilih untuk bunyikan atau jejak lokasi phone kita yang hilang tu.

Contoh lokasi telefon pintar kita akan dipaparkan begini.

Pilihan terakhir jika kita tetap tak jumpa phone tu, kita bolehlah pilih ‘Consider erasing your device’.

Pilihan ini akan benar-benar ‘membersihkan’ peranti anda, di mana ia akan membuang semua data peribadi anda, termasuklah gambar, muzik, dan semua fail yang disimpan.

Ia juga akan cuba untuk menghapuskan kad SD pada peranti, tetapi ini bergantung kepada versi Android dan pengeluar telefon anda.

Setelah telefon anda sudah ‘dibersihkan’, Android Device Manager tidak lagi akan berfungsi dan ini bermaksud anda sudah mengucapkan selamat tinggal pada telefon anda.

Baca juga: Cara Matikan ‘Off-Facebook Activity Setting’ Supaya FB Tak Intai Data Kita

Untuk Pengguna iPhone

Bagi Pengguna iPhone pula, anda boleh gunakan Find.my.

Namun pastikan anda aktifkan button Find.my untuk emudahkan kita untuk kesan lokasinya.

Baca juga: CCRIS BNM: Cara Semakan Laporan eCCRIS Online Tanpa Ke Bank

NOTA:

Cara-cara yang ditunjukkan di atas ini hanya boleh digunakan dengan syarat:

  • Ingat email yang connect pada playstore
  • Telefon hidup (kalau dah off tak boleh buat)
  • Internet phone on
  • Lokasi on

Sekiranya orang yang jujur ​​menemui telefon anda, diharapkan mereka akan menghubungi anda.

Sekiranya ianya terjatuh pada tangan pencuri, moga-moga ciri seperti di atas akan membantu kita mengesannya semula atau setidak-tidaknya melindungi data peribadi kita daripada disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Semoga bermanfaat!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: