Harga iPhone 13 Pro Dan 13 Pro Max Cecah RM7599. Ini Faktor Kenapa Ianya Mahal!

Selepas iPhone 13 dan iPhone 13 Mini dilancarkan di acara Apple Event, Apple turut melancarkan iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max.

Tahukah anda harga iPhone 13 paling mahal boleh mencecah sehingga RM7599! Jom teruskan baca kenapa harganya boleh mencecah sehingga hampir lapan ribu.

Reka iPhone 13 Pro dan Pro Max mempunyai rekaan yang hampir sama dengan sedikit sahaja perubahan dengan model sebelumnya iaitu iPhone 12 Pro dan Pro Max.

Untuk sistem operasinya, ianya dijana dengan cip Apple A15 Bionic 5nm menggunakan skrin OLED Super Retina XDR dengan ciri ProMotion yang menyokong kadar segar sehingga 120Hz!

Saiz skrin pula dikekal seperti model sebelum ini iaitu 6.1-inci untuk iPhone 13 Pro dan 6.7-inci untuk iPhone 13 Pro Max.

Antara perubahan yang dilakukan pada model terbaharu ini ialah ianya menggunakan bahan binaan premium iaitu Ceramic Shield untuk kaca hadapan dan mengekalkan bahan Aluminium untuk menjamin ketahanan pada badan peranti.

Dari segi kamera pula, iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max mengekalkan kedudukan dan tetapan tri-kamera dan juga sensor LiDAR.

Sensor LiDAR dan algoritma Apple yang terkini mampu mengoptimasikan kualiti gambar dan video seperti menyokong rakaman mod malam yang lebih baik serta rakaman video 4K HDR, Dolby Vision HDR atau juga Apple ProRes.

Malah Kamera iPhone 13 Pro juga kini menyokong ciri macrophotography terbaharu yang membolehkan kamera iPhone 13 Pro rapat kepada subjek sehingga 2cm!

This image has an empty alt attribute; its file name is iPhone-13-Pro-iPhone-13-Pro-Max-Kamera-950x534.jpg.webp

Mod Cinematic pada rakaman video yang membolehkan pengguna mengubah fokus secara automatik juga ditawarkan pada model pro ini.

Apa yang menarik ialah kapasiti baterinya dipertingkatkan supaya lebih tahan lama dan menyokong sistem pengecasan MagSafe. Menurut Apple, iPhone 13 Pro tahan lebih 1.5 jam daripada 12 Pro dan 2.5 jam lebih lama untuk 13 Pro Max berbanding iPhone 12 Pro Max.

Warna yang ditawarkan pula adalah warna-warna yang baharu antaranya ialah warna Sierra Blue, emas, perak dan Graphite.

Kesemua spesifikasi di atas melayakkan iPhone 13 Pro Max dijual pada harga RM5299 untuk storan 128GB dan mencapai sehingga RM7599 untuk storan 1TB!

Manakala iPhone 13 Pro pula dijual pada harga RM4899 untuk 128GB dan mencecah sehingga RM7199 untuk 1TB.

Pra tempah 13 Pro Dan iPhone 13 Pro Max dibuka dari hari Jumaat ini.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: