Cara Terminate / Tutup Akaun Astro Guna Email & Telefon. Tak Perlu Ke Kaunter

Macam mana cara nak terminate/ tutup akaun Astro?

Sebenarnya mudah saja, kita boleh lakukannya tanpa perlu ke kaunter pun!

Lebih mudahlah waktu PKP ni kan?

Berikut kami kongsikan cara tutup akaun Astro yang mudah melalui perkongsian saudara Hafizuan Mahadi di Facebook.

3 Cara Terminate / Tutup Akaun Astro

Ada yang tanya saya macam mana saya terminate akaun astro guna email aje. Ni saya nak share apa yang saya buat.

Sebenarnya nak terminate akaun Astro ni ada 3 cara:

  • Melalui telefon di talian +603 9543 3838 atau +603 9543 1543 (IPTV)
  • Email ke [email protected]
  • Walk in ke mana-mana Customer Service Centres / Astro Lifestyle Centres

Daripada 3 cara diatas, saya suka gunakan email saja sebab:

  • jimat bil telefon. Kalau call, kena dengar iklan dulu semua sebelum kita dapat cakap dengan customer service
  • jimat minyak dan parking. Dahlah harga minyak yang asyik naik setiap minggu dengan parking pun susah nak dapat kat CSC Cheras
  • jimat masa sebab tak perlu nak tunggu giliran kat CSC
  • dan yang paling penting, ada written evidence. Kalau kita dengar atau baca kes-kes yang viral, banyak yang kurang bukti. So, lambat sikit nak settle.

Baca juga: Cara Daftar Tabung Haji Online (THiJARI) Tanpa Ke Kaunter

CARA TUTUP AKAUN ASTRO MELALUI E-MAIL

Jadi bagi yang nak tahu, ini prosesnya.

LANGKAH 1

Hantar email ke [email protected] untuk tahu expired date kontrak Astro kita.

Contoh email saya ada dalam Gambar 1 di bawah. Dalam masa 24-48 jam, pihak Astro akan reply dan bagitau bila kontrak kita expired.

Kalau kontrak masih ada kena bersabar. Kalau nak terminate sangat, boleh juga tapi kenalah bayar penalti.

cara terminate astro
Gambar 1

LANGKAH 2

Hantar email sekali lagi ke [email protected] untuk terminate akaun pula.

Dalam T&C Astro, pelanggan kena bagi minimum satu (1) bulan sebelum notis untuk terminate akaun. (Lebih tepat sebelum next bil dikeluarkan. )

Contoh macam kes saya bil selalu keluar 4hb setiap bulan. Maksudnya, saya kena hantar notice untuk terminate sebelum 4hb Disember. Kalau hantar notis lepas tarikh tu, kena lah bayar bil baru tu.

Contoh email saya ke Astro ada dalam Gambar 2 ni. Simple aje.

Gambar 3

LANGKAH 3

Sekali lagi dalam masa 24-48 jam, Astro akan reply macam Gambar 3 minta detail akaun kita.

cara terminate astro
Gambar 3

Reply semua info yang dia minta.

LANGKAH 4

Dalam masa 24-48 jam, pihak Astro akan bagi confirmation termination akaun kita (Gambar 4).

Settle.

cara terminate astro
Gambar 4

Tunggu aje orang Astro call untuk set appointment collect decoder. Kalau tak pulang kena penalti lagi RM1,590 plus GST.

Tapi ada juga kes member yang memang Astro tak collect decoder tu. Tapi untuk keselamatan, simpan ajelah decoder tu baik-baik. Kot-kot satu hari nanti dia nak claim balik pulak ke. Atau kalau rajin, pergi je hantar kat CSC.

Thanks kepada Puan Suzilatul dan En Marwet yang bagitau cara ni.

Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Baca juga: Suka ‘Squid Game’? Ini 12 Lagi Drama & Filem Genre Survival Thriller Menarik

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut tentang cara nak terminate Astro, boleh rujuk laman web Astro di https://www.astro.com.my/

Pautan sumber asal: Hafizuan Mahadi

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: