Rupanya Banyak Kelebihan Tukar ‘Professional Mode’ Di Facebook

CARA TUKAR KE PROFESSIONAL MODE FACEBOOK DAN KELEBIHANNYA

Di zaman serba canggih ini, semakin ramai yang memanfaatkan media sosial untuk menyalurkan maklumat dan juga menjadi pencipta konten digital.

Dengan kemahiran dan kerajinan pencipta konten, ia juga boleh menjadi sumber pendapatan sampingan yang lumayan.

Walaupun Tiktok dilihat sebagai platform yang paling berpengaruh buat masa ini, namun platform media sosial lain seperti Youtube, Facebook dan Instagram juga sering mengemaskini aplikasi sistem sedia ada membolehkan pencipta konten meraih pendapatan melalui follower mereka.

Jika anda perasan, Facebook kini telah mula menawarkan Professional Mode untuk diaktifkan melalui Main Profile masing-masing.

Rupanya banyak kelebihan Professional Mode ini, lebih-lebih lagi kepada pencipta konten.

Jom kita tengok apa keistimewaannya dan bagaimana cara untuk mengaktifkan fungsi ini.

Apakah Facebook Professional Mode?

Menurut laman web Meta for Creator oleh Facebook, pencipta konten digital di Facebook yang mengaktifkan fungsi ini diberi kelebihan dari segi akses terhadap ‘monetisation tools’ seperti yang membantu mereka mengembangkan audiens.

Antaranya ialah Reels Play Bonus Programme, di mana ia membolehkan pencipta konten meraih pendapatan sehingga USD35,000 sebulan berdasarkan jumlah views yang diperolehi. Menarik kan?

Kelebihan

Dengan mengaktifkan Mod Profesional ini, anda boleh mendapat akses kepada insights dan audience yang biasanya hanya dipaparkan pada Facebook Page.

Sebagai contoh, anda boleh melihat jumlah bilangan perkongsian, reaksi dan komen yang ada pada setiap hantaran dan mendapat update tentang followers anda dari semasa ke semasa.

Menariknya, ia menawarkan fungsi STARS untuk anda menjana pendapatan.

Rupanya Banyak Kelebihan Tukar 'Professional Mode' Di Facebook
Rupanya Banyak Kelebihan Tukar 'Professional Mode' Di Facebook

Sebaik sahaja anda telah menghidupkan mod profesional untuk profil FB anda, sesiapa sahaja boleh mengikuti anda dan melihat konten yang disetkan ke mod public anda dalam feed mereka.

Walaubagaimanapun, anda masih boleh mengawal orang yang melihat kandungan yang anda kongsi.

Cara Mengaktifkan

Seorang pencipta konten di FB, Noor Fathin Azlan telah berkongsi bagaimana beliau bertukar kepada mod ini dan bagaimana mengaktifkannya.

Walaweh bestnya Facebook personal dah bertukar kepada mode professional.

Function sama macam Facebook page :

Boleh tengok insight,

Boleh tengok audience,

Nak buat FB ads pun boleh,

Paling best boleh buat duit dengan Stars.

Kalau kat tiktok, buat duit dengan gift.

Di Facebook boleh buat duit dengan Stars.

Boleh tengok audiens dan target konten yang lebih sesuai berdasarkan umur dan jantina followers anda.

professional mode facebook

Lepas ni takyah sedih sedih dah kenapa like ciput (contoh), like 555 tapi… Impressions 24k. Ramai juga yang nampak posting kita.

Dah boleh check dekat insight

professional mode facebook

Sis bersumpah, sis akan setia dengan Facebook selamanya

Since ada yang tanya macam mana cara nak buat mode professional?

1) Masuk dalam profile korang,

2) Klik titik tiga sebelah Edit Profile.

3) Scroll bawah dan akan ada turn mode professional on.

professional mode

Jangan lupa follow Noor Fathin Azlan untuk posting seterusnya tutorial buat duit dengan Facebook

Sumber:

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: