Ini Senarai Smart Watch Dengan Fungsi Heart Rate Bawah RM100 Je!

Sejak akhir-akhir ini ramai orang mula bersukan dan bersenam. Antaranya ialah suka berlari dan berbasikal. Ini adalah petanda yang bagus kerana sudah memulakan hidupan yang sihat.

Namun kebanyakan orang mula bersukan melakukan aktiviti yang berat. Sebenarnya itu adalah perkara yang salah. Seharusnya untuk pemula anda harus melakukan aktiviti yang ringan.

Disamping itu antara tanda aras yang boleh anda rujuk semasa melakukan aktiviti sukan adalah kadar degupan jantung anda. Paras selamat adalah hanya 80% sahaja daripada kadar maksimum jantung individu.

Jadi untuk memudahkan anda melihat kadar degupan jantung semasa bersukan, kami sarankan anda untuk dapatkan jam tangan pintar ini. Di sini kami senaraikan 9 smart watch dengan fungsi heart rate bawah RM100 je!

1 – LOKMAT Smart Watch

Rekaan seperti jam tangan berjenama G-SHOCK dan tahan lasak, jam tangan ini mempunyai skrin digital dan berwarna. Didatangi dengan tiga warna yang menarik dan fungsi yang pelbagai pasti berbaloi untuk dimiliki.

2 – RUNDOING CF18 Smart Watch

Dengan rekaan talinya menggunakan besi membuatkan jam tangan ini nampak elegent. Warna pilihan iaitu hitam dan silver juga menambahkan gaya eksklusif pada jam ini. Skrinnya juga digital dan berwarna. Sangat sesuai digunakan untuk bersukan kerana adanya fungsi mod sport.

3 – COLMI P9 Smart Watch

Rekaan seperti Apple Watch, namun harganya jauh murah daripada jenama terkemuka itu. Malah jam tangan ini didatangi dengan skrin digital menambahkan kecantikannya lagi. Fungsi yang ada pada jam tangan ini juga banyak dan sesuai untuk anda yang mula bersukan.

4 – SEN TOP 1 Smart Watch

Bentuk rekaannya yang bulat dan warnanya yang hitam menampakkan jam tangan sangat elegant. Skrinnya juga besar dan digital. Malah fungsinya juga menarik. Selain daripada boleh memantau kadar degupan jantung, anda juga boleh memantau waktu tidur anda sama ada cukup atau tidak.

5 – Eseed EV18 Smart Watch

Rekaan yang ringkas dan cantik. Sangat padan untuk wanita di luar sana. Paparan skrin digitalnya boleh diubah-ubah mengikut tetapan anda sendiri. Selain itu, banyak fungsinya yang menarik selain daripada fungsi HR, sport dan sebagainya.

6 – DT88 Smart Watch

Rekaannya elegant dan bulat sangat padan dengan wanita. Selain boleh dipadankan untuk majlis-majlis, jam tangan ini juga boleh digunakan untuk bersukan. Anda boleh memantau kadar degupan jantung ketika bersuka dan pelbagai lagi fungsi pada jam ini.

7 – Amazfit NEO Smart Watch

Rekaannya yang kukuh seperti jam tangan berjenama GSHOCK. Bagi anda yang sukakan rekaan seperti ini dengan harga berpatutan ini lah jam tangan untuk anda. Paparan skrin yang tidak berwarna membuatkan jam tangan ini lebih tahan lama baterinya.

8 – Sanda 5011 Smart Watch

Tampil dengan rekaan gelung berwarna seakan gold membuatkan jam tangan ini tampak lebih elegant dan eksklusif. Walaupun paparan skrin tidak berwarna seperti jam tangan pintar lain, fungsi yang didatangi bersama jam tangan ini sangat pelbagai. Antanya ialah sport mode, call, message, notifcation dan bermacam lagi.

9 – Spovan 1P68 Smart Watch

Jam tangan yang tampil dengan rekaan yang kukuh. Sangat sesuai untuk anda yang sukakan rekaan sport sebegini. Terdapat pelbagai fungsi seperti jam tangan pintar yang lain. Yang menariknya anda boleh mengawal camera telefon anda daripada jam tangan ini!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: