Selalu Pindahkan Duit Melalui Maybank2U? Ini Perubahan Terbaharu Dari Maybank

Jika anda pengguna bank Malayan Banking atau Maybank pasti anda selalu menggunakan perkhidmatan atas talian Maybank2u bukan? Ini perubahan yang terbaharu yang bakal dilaksanakan oleh Maybank yang anda perlu tahu.

Bermula dari 6 Oktober 2021 kelak, Maybank2U tidak lagi akan menyokong kaedah pengesahan berasaskan SMS TAC untuk transaksi melebihi RM2,000.

Namun begitu, anda masih boleh membuat transaksi melebihi RM2,000 dengan menggunakan kaedah pengesahan berasaskan kepada SecureTAC.

Untuk pengetahuan anda, ciri SecureTAC sudahpun ditawarkan melalui aplikasi Maybank2U dan juga MAE. Selain menjadi alternatif kepada pengesahan berasaskan SMS TAC, ianya sistem keselamatan yang lebih selamat

Untuk menggunakan ciri keselamatan SecureTAC ini, anda perlu mengaktifkan ciri Secure2u dahulu melalui aplikasi Maybank. Boleh lihat video di bawah untuk lebih lanjut.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: