Samsung Galaxy Z Fold3 dan Z Flip3 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia!

Rekaan peranti boleh lipat kembali mewarnai pasaran gajet dunia. Buat syarikat Samsung, peranti pintar skrin lipat bukan lah yang pertama tetapi sudah ke generasi ke-3.

Terbaharu, syarikat ini melancarkan Samsung Galaxy Z Fold3 5G dan Samsung Galaxy Z Flip3 5G secara rasminya di Malaysia hari ini.

Samsung Galaxy Z Fold3 5G

Samsung Galaxy Z Fold3 5G jika tidak dilipat dilihat seperti sebuat tablet. Ini kerana skrin dalaman boleh lipat bersaiz 7.6″ QXGA+ AMOLED 120Hz manakala skrin luarannya bersaiz 6.2″ AMOLED HD+ 120Hz

Model ini dijana oleh cip Snapdragon 888 dengan memori 12GB RAM bersama-sama dengan storan sehingga 512GB.

Peranti ini menyokong pengecasan pantas 25W secara berwayar dan nirwayar 11W menerusi port USB-C dan saiz bateri berkapasiti sebesar 4400 mAh.

Model ini dilengkapi dengan kamera utama yang menggabungkan 3 sensor iaitu bersaiz 12 Megapixel terdiri daripada lensa sudut lebar f/1.8, ultra sudut lebar f/2.2 dan telefoto f/2.4.

Terdapat 2 lagi kamera iaitu kamera luaran yang bersaiz 10 Megapixel f/2.2 dan akhir sekali kamera 4 Megapixel f/1.8 yang ditanam di bawah skrin bahagian dalam.

Samsung Galaxy Z Fold3 turut menyokong penggunaan stylus S Pen bagi membolehkan ia menikmati ciri seperti tablet dan mengekalkan tradisi S Pen pada model sebelum ini Galaxy Note.

Samsung Galaxy Z Flip3 5G

Samsung Galaxy Z Flip3 5G mengingatkan kembali kita kepada model telefon berkonsepkan flip sebelum ini.

Namun kali ini tiada lagi papan kekunci tetapi dipenuhi dengan skrin bersaiz 6.7″ Dynamic AMOLED 2X FHD+ yang boleh dilipat. Malah terdapat juga skrin luaran sebesar 1.9″ AMOLED.

Seperti model Z Fold3, model Z Flip3 turut menyokong kadar segar semula 120Hz secara adaptif lengkap dengan lapisan kaca UTG generasi terbaru.

Ianya juga menggunakan cip yang sama iaitu cip Snapragon 888 namun berbeza memori RAM serta storan iaitu 8GB RAM dan storan sehingga 256GB.

Berbeza dengan Samsung Galaxy Z Fold3, model Z Flip3 ini tidak diberikan sokongan stylus S Pen dan pengecasan juga berbeza iaitu berwayar hanya 15W dan nirwayar hanya 10W serta pengecasan berbalik 4.5W.

Kamera utama pada bahagian belakang adalah kombinasi 2 Kamera bersaiz 12 MP terdiri daripada sudut lebar f/1.8 dan ultra sudut lebar f/2.2 dan kamera swafoto pula sebesar 10 MP f/2.4.

Kedua-dua peranti beroperasi dengan sistem operasi Android 11.

Harga Samsung Galaxy Z Fold3 5G Dan Flip3 5G

Harga Samsung Galaxy Z Fold3 5G dan dijual Samsung Galaxy Z Filp3 5G yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia adalah seperti berikut:

Samsung Galaxy Z Fold3 5G

  • 12RAM /256GB – RM6699
  • 12RAM /512GB – RM7099

Samsung Galaxy Z Filp3 5G

  • 8RAM /128GB – RM3999
  • 8RAM /256GB – RM4199
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: