Spesifikasi Samsung Galaxy Z Flip3 5G Tertiris.Ketahui Lebih Lanjut Disini

Seperti yang kita ketahui, Galaxy Unpacked merupakan acara tahunan bagi syarikat Samsung untuk melancarkan peranti pintar terbaharu dan diantaranya adalah Samsung Galaxy Z Flip3 5G.

Acara Galaxy Unpacked ini dijadualkan pada 10 Ogos ini bermula 7.30 malam dan akan dilangsungkan secara maya.

Terbaharu, spesifikasi serta poster Samsung Galaxy Z Flip3 5G telah tertiris kepada umum. Mengikut maklumat yang didedahkan, peranti pintar ini akan dikuasakan oleh cip dari Qualcomm iaitu Snapdragon 888.

Ianya juga dilengkapi dengan RAM sebesar 8GB LPDDR5 dan storan sehingga 256GB. Samsung Galaxy Z Flip3 5G ini juga menyokong pengecasan pantas dan dipadankan dengan bateri 3300mAh.

Berkenaan dengan rekaan skrin, ianya bersaiz 6.7 inci Super AMOLED FHD+ dengan resolusi 1080×2640 dan kadar segar yang tinggi iaitu 120Hz. Samsung juga menggunakan Corning Gorilla Glass Victus untuk perlindungan skrin peranti pintar ini.

Skrin yang kedua pula berfungsi untuk mengawal panggilan, lagu dan jugak notifikasi. Skrin ini bersaiz 1.9 inci serta resolusi 260×512.

Pada bahagian kamera pula, peranti pintar ini akan dilengkapi dengan dwi kamera iaitu 12MP f/1.8 bagi kamera utama dan 12MP f/2.2 untuk kamera ultra lebar.

Bagi kamera swafoto pula, ianya juga menggunakan kamera 12MP dan dikhabarkan peranti pintar ini akan mempunyai ciri penstabilan imej optik (OIS) seperti generasi sebelumnya.

Ciri-ciri lain yang dihadirkan juga adalah seperti pengimbas cap jari sisi, menyokong dwi sim dan juga penarafan IPX8 untuk kalis air tetapi bukan untuk debu.

Buat masa ini, terdapat tiga pilihan warna iaitu Phantom Black, Lavendar dan juga Cream dan mungkin dijual pada harga EUR 1099 (RM5,454) bagi varian 8/128GB.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: