in ,

Cara Padam / Pindah Maklumat Tanggungan MySejahtera Ke HP Sendiri

ADVERTISEMENT

CARA PINDAH MAKLUMAT TANGGUNGAN MYSEJAHTERA UNTUK DAPATKAN SIJIL VAKSIN DI HANDPHONE SENDIRI

Sekarang nak ke mana-mana pun kena tunjuk certificate vaccination (sijil vaksin digital) untuk buktikan kita sebagai penerima vaksin lengkap.

Walaupun kerajaan telah mengeluarkan kenyataan bahawa kad vaksinasi boleh digunakan, takut juga hilang kan?

Lagipun risau juga nak usung kad vaksin ke mana-mana. Takut tercicir ke apa.

ADVERTISEMENT

Mungkin ramai antara kita yang dah didaftarkan sebagai Tanggungan (Dependent) dalam telefon bimbit suami atau anak-anak.

Bila dah lengkap vaksin, sekarang ni rasa nak pindahkan maklumat ke handphone sendiri supaya lebih mudah kalau nak ke mana-mana nanti.

Jika dirujuk pada Helpdesk MySejahtera, soalan ini terkandung dalam Senarai Soalan Lazim.

Semakan kami di Helpdesk MySejahtera menunjukkan bahawa pendaftaran tanggungan boleh dibatalkan oleh pemilik akaun MySejahtera.

Kita hanya perlu klik pada “Memadam tanggungan vaksin”. Selepas dipadam, tanggungan berkenaan boleh mengesahkan nama dan nombor kad pengenalannya dalam akaun sendiri.

Di sini kami kongsikan cara-cara mudah yang boleh anda lakukan untuk padamkan maklumat yang telah didaftarkan sebagai ‘dependent’ di akaun MySejahtera telefon bimbit orang lain dan pindah maklumat tanggungan tersebut ke telefon bimbit sendiri.

Perkongsian di bawah ini merupakan posting asal oleh Siti Nursoleha Nawawi di Facebook, di mana beliau telah mencubanya sendiri dan berhasil!

Jom ikuti perkongsian beliau selanjutnya di bawah ini:

Cara Padam / Pindah Maklumat Tanggungan Mysejahtera Ke Handphone Sendiri

Kat sini saya nak ajar macam mana nak remove account “dependent” korang bawah MySejahtera suami/anak2, so that boleh daftar kat handphone korang and digital certificate korang berada di Aplikasi MySejahtera korang sendiri.

Rujuk langkah-langkah dalam gambar di bawah:

LANGKAH 1: PADAM NAMA ANDA SEBAGAI DEPENDENT PADA TELEFON BIMBIT ORANG LAIN

Pertama sekali, anda perlu padamkan nama anda dalam telefon bimbit suami atau sesiapa yang telah memdaftarkan nama anda sebagai tanggungan (dependent).

Klik ‘Remove Dependent’ di bawah ikon COVID-19 Vaccination.

LANGKAH 2 : INSTALL MYSEJAHTERA

Setelah delete nama kita di handphone suami / anak tadi, barulah boleh daftar akaun MySejahtera di handphone sendiri.

LANGKAH 3 : SAHKAN MAKLUMAT

Klik ikon COVID-19 VACCINATION (yang ditandakan dalam bulatan merah).

Klik Vaccine for “….”

Sahkan maklumat dan tekan CONFIRM.

LANGKAH 4: JAWAB SOALAN

Seterusnya kena jawab soalan-soalan di bawah.

Cara remove dependent mysejahtera

Sahkan dan tekan butang Submit.

Cara pindah tanggungan mysejahtera
Cara padam tanggungan mysejahtera

Notifikasi Pendaftaran Selesai akan diterima seperti di bawah.

LANGKAH 5: SEMAK SIJIL DIGITAL VAKSN ANDA

Selepas dah terima notifikasi Pendaftaran Selesai, bolehlah kita check sijil vaksin kita macam biasa.

Cara pindah tanggungan mysejahtera
Cara pindah tanggungan mysejahtera

Mudah kan?

Selamat mencuba.

Kredit gambar : Siti Nursoleha Nawawi

Baca juga: Cara Semak Wang Tak Dituntut Online Di Jabatan Akauntan Negara (eGUMIS)

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ini Harga Rasmi Huawei Nova Terbaharu. Berbaloi!

Resepi Salad Ayam. Ringkas Tetapi Sangat Sedap!