ZTE AXON 30 5G Dilancarkan Secara Rasmi
Sebelum ini, ZTE mendedahkan paparan poster peranti pintar keluaran terbaru mereka iaitu ZTE Axon 30 5G. Kini peranti pintar ini dilancarkan secara rasmi di China dan dikhabarkan lebih baik berbanding siri sebelumnya.
ZTE Axon 30 5G ini didatangkan dengan skrin AMOLED FHD+ berukuran 6.92 inci dengan resolusi 1080 x 2460 berserta kadar segar skrin 120Hz.
Cip yang digunakan adalah dari Qualcomm iaitu Snapdragon 870, storan dalaman 128GB dan 256GB berserta RAM sehingga 12GB. Bateri yang didatangkan sebesar 4200mAh berserta pengecasan pantas 55W.
Sistem operasi Android yang akan digunakan adalah MyOS 11 yang berasaskan Android 11 dan spesifikasi lain ialah pengimbas cap jari pada skrin, port pengecasan USB-C, Bluetooth 5.1 dan lain-lain.
Seperti yang kita sedia maklum, ZTE Axon 30 5G ini adalah peranti pintar kedua dari ZTE yang menggunakan kamera di bawah skrin.
ZTE meningkatkan pixel per inci(ppi) dari 200 ppi yang terdapat pada ZTE Axon 20 kepada 400 ppi yang akan digunakan pada kamera hadapan 16MP.
Terdapat 4 kamera dibelakang peranti pintar yang terdiri daripada 64MP bagi kamera utama, 8MP kamera ultra wide, 5MP kamera macro dan 2MP kamera depth berserta dengan dwi flash.
Buat masa ini pelancarannya hanya untuk pasaran China dan tanda harga bermula RMB2198 (RM1429) untuk varian 6/128GB, RMB2498 (RM1,625) untuk varian 8/128GB, RMB2798 (RM1,821) untuk varian 8/128GB dan RMB3098 (RM2014) untuk varian 12/256GB.