Rentas Negeri Untuk Bulan Madu, Pasangan Instafamous Didenda RM2500

Sepasang suami isteri yang tular di media sosial kerana rentas negeri untuk berbulan madu, masing-masing dipenjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa kerana memberi maklumat bertulis palsu kepada polis, bulan lepas.

Tertuduh, Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed, 25, dan Azharique Shah Abdul Jalil, 23, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Balai Polis Wangsa Maju, 15 Mac lepas di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Sebelum ini, tular gambar pasangan itu di media sosial kononnya pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan dan cuba memberi tip kepada netizen berkenaan cara-cara untuk merentas negeri.

Tindakan tersebut menimbulkan kekecohan dan rasa tidak puas hati orang ramai atas araham rentas negeri yang disalahgunakan.

Difahamkan juga pasangan tersebut telah hadir ke Balai Polis Wangsa Maju, untuk memohon permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Johor Bahru atas urusan perniagaan dan mereka telah mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: