Kes COVID19 Hari Ini Meningkat Kepada 6440 (18 Jun 2021)

Malaysia catat 6,440 kes baharu Covid-19 hari ini (18 Jun 2021).

Daripada jumlah tersebut, Selangor mencatat kes tertinggi dengan cecah 2,095 kes.

Sehingga 18 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,440 kes (685,204 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,095 (224,344)
WPKL – 816 (70,306)
Sabah – 199 (67,177)
Johor – 592 (66,868)
Sarawak – 536 (58,570)
Negeri Sembilan – 870 (37,064)
Kelantan – 200 (33,096)
Pulau Pinang – 122 (32,766)
Perak – 357 (24,303)
Kedah – 159 (22,906)
Melaka – 223 (15,683)
Pahang – 79 (11,897)
Terengganu – 32 (10,861)
WP Labuan – 152 (6,643)
WP Putrajaya – 6 (2,150)
Perlis – 2 (570)

Perkhabaran ini rata-rata menimbulkan kerisauan orang ramai kerana menurut Pelan Pemulihan Negara, PKP Fasa 2 hanya akan dapat dilaksanakan apabila nilai kes berada pada tahap 4000 ke bawah.

Dalam pada itu, KKM turut mengingatkan orang ramai tentang bahaya varian Delta, varian yang paling bahaya di dunia setakat ini.

Varian Delta

Varian Delta B.1.617 pertama kali dikesan di India dan kini dilaporkan telah merebak ke 80 negara termasuklah Malaysia.

Varian ini telah mencetuskan tsunami COVID-19 di India sehingga sistem perkhidmatan kesihatan di negara itu hampir lumpuh.

Kini, Varian Delta telah menjadi varian dominan di UK serta beberapa negara lain seperti Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan Indonesia.

Juga dikenali sebagai Super Strain, Varian Delta dilaporkan 60% lebih cepat merebak dan membawa lebih banyak kematian.

Di Malaysia, hasil survelans genomik telah mengesan 13 kes jangkitan Varian Delta setakat 10 Jun lalu.

Bermula 24 Mei lalu, semua pengembara (rakyat tempatan sahaja) yang masuk ke Malaysi dari India, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan perlu menjalani kuarantin wajib selama 21 hari di pusat-pusat kuarantin yang ditetapkan kerajaan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: