“Kami Cuma Minta Doa, Tak Perlu Duit”, Bapa Ainul Mohon Hati-hati Dengan Scammer

Semalam ramai yang sedia maklum bahawa keadaan Ainul Mardhiah, kanak-kanak berusia 4 tahun yang menghidap kanser mulut berada dalam keadaan yang kritikal akibat jangkitan kuman.

Perkara itu dikhabarkan oleh ibunya melalui akaun Instagram dan juga Facebook bapa Ainul.

Dalam hantaran tersebut, mereka memohon rakyat Malaysia mendoakan agar Ainul kuat melawan jangkitan yang dialaminya sehingga terpaksa bergantung kepada ventilator.

ainul mardhiah

Baca: Ainul Mardhiah Kritikal Di PICU, Mohon Doa Rakyat Malaysia

Dalam sebuah hantaran terkini sebentar tadi, bapa Ainul, Ahmad Safiuddin turut memaklumkan orang ramai agar berhati-hati dengan scammer yang menjalankan kegiatan ‘mengutip derma’ untuk Ainul.

Menerusi hantaran pendek itu, bapa Ainul berkata bahawa mereka hanya perlukan doa rakyat Malaysia dan bukannya duit.

Ibu Ainul turut mengingatkan orang ramai tentang perkara ini di Instagram.

Mengulas tentang keadaan terkini adik Ainul, difahamkan Ainul kini berada dalam keadaan stabil walaupun masih belum sedar.

(Sumber: FB Ahmad Safiuddin, IG _nlrerwani)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: