Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) Untuk B40 Telah Mula Diedarkan

pakej penjagaan covid-19 ppc

Pakej Penjagaan COVID-19 Dalam Proses Penghantaran Pada Keluarga Malaysia B40

Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan pengagihan bantuan Pakej Penjagaan COVID19 (PPC) secara percuma kepada Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Pakej Penjagaan Covid19 untuk makluman bersama.

Apakah Bantuan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC)?

Dalam persediaan ke arah era endemik COVID-19, kerajaan akan memperuntukkan lebih RM471.6 juta bagi tujuan pemberian Pakej Penjagaan COVID19 (PPC) kepada Keluarga Malaysia kategori B40 dalam usaha memastikan diri dan keluarga bebas dari jangkitan COVID-19.

Usaha ini antara lain bertujuan untuk meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah B40 dan melatih diri membudayakan norma baharu, sekaligus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus COVID-19.

Menerusi pemberian PPC ini, setiap keluarga akan menerima :

  • Empat unit kit ujian kendiri COVID-19
  • Satu unit oximeter
  • Satu unit termometer
  • Empat unit pelitup muka
  • Risalah panduan penggunaan bagi peralatan kesihatan berkenaan.
blank

Kelayakan

Pemberian PPC buat masa ini akan dimulakan dengan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga.

Mereka ini adalah dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin dengan ada atau tidak mempunyai anak; ataupun ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak.

Inisiatif ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih kurang 3.6 juta keluarga B40.

Secara keseluruhannya terdapat 8.4 juta penerima BPR.

Tarikh Penerimaan Bantuan

Sebanyak 10,000 unit kotak PPC telah diedarkan bermula 30 November 2021.

Gambar-gambar berikut adalah proses pembungkusan semua peralatan kesihatan tersebut sebelum ianya diserahkan kepada Pos Malaysia untuk urusan penghantaran secara berfasa kepada 3.6 juta Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.

blank
pakej penjagaan covid-19

Baca juga:

pakej penjagaan covid-19

*Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, Kenyataan Media Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk info terkini melalui Belanjawan 2022 di pautan https://www.mof.gov.my/ atau https://budget.mof.gov.my/manfaat/rakyat.html