[VIDEO] Perbualan Terakhir Siti Sarah & Shuib Dalam ‘Tinggalkan Diriku’

Sebak, sayu, laju air mata mengalir apabila mendengar semula perbualan terakhir antara arwah Siti Sarah dan Shuib yang dikongsikan menerusi sebuah muzik video berjudul ‘Tinggalkan Diriku’ menerusi Youtube Shuib Channel.

Menurut Shuib, video muzik ini adalah rakaman sesi latihan untuk Showcase Siti Sarah di MATIC Kuala Lumpur yang diterima selepas 6 hari pemergian isteri tercinta.

Shuib juga menyatakan hasrat beliau berkongsi video ini kerana amat terkesan dengan bait-bait lagu yang begitu berbeza dan istimewa sekali dalam lagu ini, seolah-olah sudah tahu apa yang bakal terjadi.

Ia adalah sebagai tanda terima kasih, klip ini diabadikan sebagai pengubat rindu, penawar duka dan kenangan bersama.

Lagu ‘Tinggalkan Daku’ nyanyian Siti Sarah ini merupakan hasil ciptaan Aidit Alfian yang dipersembahkan dalam bentuk karya animasi.

Perbualan terakhir antara arwah Siti Sarah dan Shuib telah dimasukkan pada minit ke 4:50 dalam video ini.

Video Perbualan Terakhir Siti Sarah & Shuib Dalam Lagu Tinggalkan Daku

(Sumber video: Youtube Shuib Channel)

Setelah 6 jam dimuat naik, video ini sudahpun meraih lebih 200,000 views di Youtube dengan dihujani lebih seribu komen.

Baca juga:

Rata-rata ramai yang masih berduka dan amat sebak setelah melihat klip video ini.

Ramai yang turut memberi kata semangat serta menghadiahkan al-Fatihah buat arwah Siti Sarah.

Semoga arwah tenang di sana.

Al-Fatihah.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: