Cara Guna MyKad Untuk Touch N Go (Daftar, Top Up & Check Baki)

Cara Guna MYKAD Untuk Tol Touch N Go

Perkhidmatan menambah nilai kad Touch n’ Go telah dihentikan kepada pengguna-pengguna lebuhraya di lorong keluar tol milik PLUS.

Kesemua pengguna-pengguna lebuhraya selepas ini perlu membeli kad Touch n Go (TnG), memiliki apa-apa kad yang mempunyai fungsi TnG atau sekurang-kurangnya mempunyai nilai di dalam MyKad untuk digunakan bagi membayar tol ketika melalui lebuhraya-lebuhraya tersebut.

Difahamkan pemansuhan laluan tunai ini perlu dilakukan bagi mengurangkan kesesakan jalanraya.

Bagi yang tidak ada kad Touch n Go, anda sebenarnya boleh menggunakan MyKad (IC) anda sahaja untuk mengaktifkan fungsi Touch n Go.

Di sini kami kongsikan info lanjut dan caranya.

touch n go mykad

Apakah Touch N Go?

Touch n Go ialah kad pintar tanpa sentuh dan sistem pembayaran elektronik berasaksan kad pintar tanpa sentuh yang pertama dan perintis kepada pengenalan kad kredit Visa Wave dan MasterCard PayPass di Malaysia.

Ia juga boleh digunakan bersama SmartTAG, sejenis alat dan sistem pembayaran elektronik tambahan pandu terus dalam kenderaan.

Kini, anda boleh terus menambah nilai pada MyKad anda dan terus boleh digunakan sebagai kad Touch ‘n Go.

Sila muat turun aplikasi Touch n Go melalui :

Cara Aktifkan Fungsi Touch n Go Pada MyKad (IC)

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengaktifkan fungsi TnG pada MyKad anda:

  1. Keluarkan MyKad dan semak pada belakang MyKad. Kalau ada lambang TnG dan cipnya ialah 64K dan ke atas, maka anda boleh gunakan MyKad anda sebagai TnG.
    (*Kebanyakan IC baru memang ada cip ni, cuma mungkin yang dah lama tak pernah upgrade IC tu tak dilengkapi dengan fungsi ni.)
  2. Pergi reload di stesen-stesen minyak / kiosk Touch n Go.
  3. Simpan resit untuk memudahkan anda membuat semakan baki dan memasukkan MyKad ke dalam e-Wallet Touch n Go anda.

Cara Semak Baki Touch n Go Dalam MyKad

Kepada anda semua yang tak tahu, sebenarnya boleh je kalau nak masukkan MyKad dalam app Touch n’ Go eWallet ni.

Caranya:

  1. Simpan resit bila reload. Yang paling penting adalah “Manufacturing No” 10 angka (rujuk gambar di bawah).
  2. Download / buka App Touch n’ Go eWallet.
  3. Tekan “Add Card”
  4. Lepastu masukkan “Manufacturing No” dekat resit tu
  5. Tunggu SMS Verification Code.
  6. Selesai. Lepas ni senang sikit nak check baki anda semua tu!
Contoh resit semasa reload Touch n Go. Cari MfG No tu.

Nombor siri 10-digit MyKad anda boleh didapati pada resit anda selepas anda tambah nilai dengan MyKad.

Anda juga boleh dapatkannya dari akaun MyTouchnGo Portal anda di https://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login.

Download apps Touch n Go dan pergi ke TNG Card.
touch n go mykad
Tekan Add New Card
touch n go mykad
Masukkan MfG no yang ada dalam resit reload tadi.
touch n go mykad
Selesai. Kini anda boleh membuat semakan baki dengan mudah secara online.

Bagaimana Nak Buat Jika IC Rosak?

Anda akan menerima satu slip dari pihak JPN semasa proses penukaran MyKad baru anda. Sila dapatkan nombor siri untuk MyKad seperti tertera di dalam slip JPN tersebut dan hubungi pihak kami untuk proses pemulangan baki kad melalui cek atau kredit ke akaun bank anda.

Cara Transfer Duit Dari MyKad / Kad Touch n Go Lama Ke Kad Baru

Untuk yang nak berpindah ke kad baru TNG dengan teknologi NFC, sila rujuk:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.touchngo.com.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: