Kemungkinan ‘Rentas Negeri Dibenarkan Selepas Minggu Kedua Aidilfitri’
Kemungkinan ‘Rentas Negeri Dibenarkan Selepas Minggu Kedua Aidilfitri’
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambil kira pandangan pakar kesihatan awam sebelum memuktamadkan masa yang sesuai untuk membenarkan perjalanan rentas negeri.
Dan ini termasuklah cadangan supaya rentas negeri hanya dibenarkan selepas minggu kedua Aidilfitri iaitu selepas majoriti kumpulan rentan menerima suntikan vaksin.
Sebelum ini, Dr Adham Baba memaklumkan jika enam petunjuk di bawah dipenuhi maka rentas boleh dipertimbangkan.
6 faktor yang menjadi indikator KKM ialah:
- Situasi kes harian termasuk kes yang sudah sembuh dan dibenarkan pulang
- Trend dan kadar kebolehjangkitan
- Situasi semasa iaitu kadar kematian dan jumlah kes kematian
- Keupayaan katil dan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital
- Situasi semasa petugas kesihatan yang dijangkiti dan
- Ujian saringan yang dijalankan di lapangan, saringan penyakit seperti influenza (ILI), jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) dan persampelan prapembedahan serta kemasukan ke wad.
KKM mengkaji semua data dan fakta sebelum menasihat atau mencadangkan kepada Jawatankuasa Teknikal untuk diputuskan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara.
KKM membuat penilaian risiko ini dari semasa ke semasa. Situasi semasa menunjukkan kes baharu dalam trend penurunan walaupun tidak konsisten, namun masih terlaku awal.
Memandangkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan baru saja berjalan, aktiviti kesihatan awam adalah paling berkesan untuk melandaikan keluk jangkitan.
Jika kepatuhan yang tinggi kepada SOP yang ditunjukkan oleh kita semua ketika ini berterusan, tidak mustahil kemeriahan balik kampung untuk menyambut Aidilfitri akan dirasai tahun ini.
Jadi, diharap semua rakyat Malaysia dapat mematuhi SOP agar keenam-enam faktor risiko dapat dikurangkan. Barulah kita semua boleh balik kampung dan rentas negeri ok!
*Sumber: Utusan Malaysia & KKM