in

Kelonggaran Pakai Baju Biasa Ke Sekolah Hingga 26 Mac – KPM

tarikh buka sekolah 2021
Foto: BERNAMA (2020)
ADVERTISEMENT

Putrajaya, 24 Feb – KPM mengumumkan dalam sebuah kenyataan rasmi bahawa murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian biasa sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan 2021

Kebenaran tersebut diberikan bermula 1 Mac hingga 26 Mac depan, iaitu sehingga cuti penggal pertama.

“KPM menerima banyak pertanyaan daripada ibu bapa mengenai peraturan pemakaian pakaian seragam sekolah apabila sesi persekolahan dibuka kelak.

“Untuk makluman, murid perlu memakai pakaian seragam untuk hadir ke sekolah seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah.

“Bagaimanapun, mengambil kira keadaan semasa, KPM ingin memaklumkan murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah,” menurut kenyataan itu hari ini.

Tindakan ini diharap dapat mengurangkan beban ibu bapa di samping membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka.

Pada 19 Februari lalu, KPM mengumumkan tarikh pembukaan sekolah untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka yang dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Mac depan.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 Golongan Yang Tidak Sesuai Mengambil Vaksin Comirnaty (Pfizer) -KKM

Gaming Laptop Serendah RM2399 Anda Boleh Dapatkan Di Lazada