Senarai Surat Pengesahan Kementerian / Agensi Yang Diterima Di SJR Mulai 8 Jun – KPN

Senarai Surat Pengesahan Daripada Kementerian / Agensi Yang Diterima Pakai Di Sekatan Jalan Raya (SJR)

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS NEGARA

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam sebuah sidang media terkini pada 6 Jun 2021 telah mengumumkan bahawa bermula 8 Jun 2021, hanya surat pengesahan daripada Kementerian atau Agensi sahaja yang akan diterima pakai sebagai bukti yang membolehkan pekerja bergerak ke tempat kerja.

Dalam pengumuman tersebut, PDRM telah menyenaraikan sektor yang dibenarkan, iaitu 3 buah agensi dan 7 kementerian.

Surat kebenaran ini perlu perlu didapatkan melalui sektor masing-masing:

  • Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) – bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan
  • Kementerian Pengangkutan Malaysia (MoT) – bagi sektor pengangkutan awam dan barangan keperluan
  • Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) – bagi sektor pertanian/ perikanan /penternakan /perladangan dan komoditi
  • Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi – bagi sektor perladangan dan pengeluaran hasil komoditi
  • Bank Negara Malaysia (BNM)– bagi sektor institusi kewangan / insurans
  • Suruhanjaya Sekuriti (SC) – bagi sektor urusniaga saham
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) – bagi sektor kecil/penjaja gerai makanan
  • Kementerian Komunikasi dan Multimedia (SKMM) – bagi perkhidmatan telekomunikasi/media/pos/kurier dan penyiaran
  • Kementerian Dalam Negeri (KDN)– untuk semua surat pengesahan yang dikeluarkan oleh agensi yang berada dibawah KDN
  • Bagi pengoperasian firma guaman dengan kakitangan 20% pula, surat akan dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui CIMS 3.0 MITI. Bagi pengamal undang-undang yang perlu hadir ke mahkamah untuk mewakili anak guam dan kes-kes yang baharu (Reman Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah) hendaklah menunjukkan dokumen bercetak atau surat firma guaman di SJR.
  • Bagi pekerja sektor yang tidak dibenarkan beroperasi tetapi perlu ke tempat kerja bagi tujuan khusus seperti penyediaan dokumen / invois pembayaran gaji dan sebagainya, kebenaran oleh PDRM akan diberi secara one-off iaitu bagi tempoh 2-3 hari sahaja. Surat penegsahan dariapda majikan perlu dikemukakan sebagai bukti.
  • Bagi pekerja sendiri (contohnya penjaja tepi jalan / tukang paip / peniaga kecil) permohonan bergerak hendaklah diperolehi daripada polis.

Surat Pengesahan Kementerian / Agensi Perlu Bertarikh Mulai 1 Jun 2021 Sahaja

Sila ambil maklum bahawa dokumen pengesahan kementerian / agensi yang disenaraikan di atas perlulah bertarikh mulai 1 Jun 2021. Pihak yang tiada dokumen sah atau tamat tempoh sebelum 1 Jun 2021 akan diarahkan berpatah balik.

Sementara itu, turut dimaklumkan bahawa PDRM akan mengeluarkan permit pergerakan bagi mereka yang layak dibawah peraturan rentas sempadan.

Polis turut menegaskan yang mana ketika melalui sekatan jalan raya, mereka yang gagal mengemukakan surat pengesahan, atau mengemukakan surat pengesahan palsu akan dikenakan tindakan tegas.

Rujuk kenyataan media penuh dalam lampiran di bawah:

surat pengesahan kementerian
surat pengesahan kementerian
surat pengesahan kementerian

*Sumber: Facebook Rasmi Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

NOTA

Jika anda mempunyai pertanyaan tentang operasi perniagaan anda sepanjang PKP, tetapi tidak pasti Kementerian/Agensi yang mengawal selia sektor anda, bolehlah rujuk direktori khas ini di pautan https://miti.gov.my/redir/pkp/enquiry.html. Bagi pertanyaan sektor pembuatan bolehlah dirujuk kepada MITI.

Kesemua Kementerian & Agensi yang menggunakan platform CIMS 3.0 sedang bertungkus-lumus untuk memproses permohonan-permohonan yang diterima.

Berikut adalah senarai Kementerian yang bekerjasama dengan MITI untuk memproses surat kelulusan melalui CIMS 3.0

Baca juga: SMILE MoT: Permohonan Kelulusan Sistem Maklumat Industri Logistik

Untuk menghubungi Kementerian & Agensi yang menyelia sektor anda, rujuk direktori di pautan https://t.co/LtT4TuOUIY

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: