PEMULIH: Permohonan Moratorium Automatik 6 Bulan
PEMULIH: CARA MOHON MORATORIUM AUTOMATIK 6 BULAN TERKINI DALAM TEMPOH PPN
YAB Perdana Menteri telah pun mengumumkan MORATORIUM AUTOMATIK selama 6 bulan dalam tempoh PPN (Pelan Pemulihan Negara) dari Fasa 1 hingga Fasa 4.
Susulan itu kerajaan mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bertujuan merangsang ekonomi & bantu rakyat menghadapi 4 fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Berikut dikongsikan cara membuat permohonan Moratorium PEMULIH tersebut dan cara membuat permohonan di institusi perbankan masing-masing.
Moratorium Automatik PKP 3.0
KATEGORI 1 :
- Individu hilang pekerjaan
- Penerima BSH / BPR (B40)
- PKS / perusahaan mikro yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP
- Perusahaan Mikro – kemudahan pinjaman yang diluluskan sehingga RM150,000 (seperti yang ditakrifkan oleh SME Corp)
Jenis Bantuan Bayaran Balik Pinjaman:
- i) Moratorium selama tiga bulan; ATAU
- ii) Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.
KATEGORI 2 :
- Individu M40 & T20 yang mengalami pengurangan pendapatan (semua peminjam) – Termasuk gaji, elaun, komisen dan pendapatan isi rumah
Jenis Bantuan Bayaran Balik Pinjaman:
Pengurangan ansuran bulanan selaras dengan pendapatan yang berkurang
Berikut adalah info dari Bank Negara Malaysia dalam sebuah status Facebook terkini:
Sumber infografik oleh: Bank Negara Malaysia (BNM)
Cara Permohonan Moratorium Automatik & Pengurangan Bayaran Balik Ansuran Setiap Bank Di Malaysia
Mereka yang berkenaan boleh menghubungi bank masing-masing untuk mengetahui proses selanjutnya.
Di sini kami kongsikan link permohonan bagi setiap bank di Malaysia yang telah mengemaskini borang permohonan moratorium secara online:
- Maybank : https://www.maybank2u.com.my/
- Affin Bank : https://www.affinonline.com/bm/covid-19
- Bank Rakyat : https://www.bankrakyat.com.my/
- Bank Muamalat : https://www.muamalat.com.my/
- Bank Islam : https://www.bankislam.com/
- CIMB : https://www.cimb.com.my/
- BSN: https://www.bsn.com.my/page/TRA
- Hong Leong Bank : https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/news-updates/hlb-payment-relief-assistance-plan.html
- Public Bank : https://www.pbebank.com/
- Ambank : https://www.ambank.com.my/eng/repayment-assistance
- RHB : https://www.rhbgroup.com/en/TPA/
- HSBC : https://www.hsbc.com.my/
Bantuan khusus lain yang bersesuaian dengan keperluan dan keadaan kewangan individu terus tersedia.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat penuh, sila rujuk Bank Negara Malaysia di https://www.bnm.gov.my/o/covid-19/ atau hubungi bank anda untuk butiran lanjut.
Bantuan bayaran balik pinjaman tersedia bagi semua yang terjejas akibat PKP!
Rujuk intipati Perutusan Perdana Menteri dan Pakej Bantuan Stimulus PEMERKASA PLUS : PEMERKASA PLUS: Senarai Bantuan Penuh & Intipati Perutusan Khas Perdana Menteri