Cara Tukar Tempat Mengundi SPR Online SPR & Di Pejabat Pos

CARA TUKAR TEMPAT MENGUNDI MENGIKUT ALAMAT TERKINI – SECARA MANUAL / ONLINE

Dengar kata tak lama lagi Parlimen akan dibubarkan dan akan berlangsungnya PRU-15?

Bagi yang masih belum membuat semakan MySPR, anda bolehlah buat semakan. Mana yang nak tukar alamat tempat mengundi pun boleh dah standby siap-siap. Sekarang ni mudah, semuanya boleh dilakukan secara online.

Untuk pertukaran alamat, boleh dilakukan pada bila-bila masa dan pertukaran alamat adalah mengikut kepada alamat di kad pengenalan. Jadi pastikan alamat untuk mengundi adalah sama dengan pilihan tempat mengundi nanti.

Seandainya, contoh la esok bubar jadinya senarai nama pengundi yang layak mengundi adalah berdasarkan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) yang telah diwartakan layak mengundi. Kalau hari ni tukar alamat, nak mengundi alamat baru memang tak boleh lagi sebab belum diwartakan. So kena mengundi alamat lama.

Begitu juga kaedah bagi pengundi yang meninggal dunia. Bukan hari ni meninggal, esok terus nama dipadamkan. Data nama pengundi meninggal pun kena melalui prosesnya. Tak ada istilah pengundi hantu.

Bagi yang berumur 18 tahun dan juga warga emas atau tak emas mana pun yang belum berdaftar, secara automatik akan didaftarkan. Ia bermula 15 Disember 2021 yang automatik namanya layak sebagai pengundi.

Jom kami kongsikan 3 kaedah untuk tukar tempat mengundi, sama ada secara online atau nak buat manual di kaunter.

Cara Tukar Tempat Mengundi SPR

Terdapat 3 cara untuk anda kemaskini alamat tempat mengundi iaitu:

  1. Permohonan pertukaran Bahagian Pilihan Raya di Ibu Pejabat SPR atau SPR Negeri
  2. Hadir ke Pejabat Pos bersama kad pengenalan
  3. Daftar secara atas talian di laman web MySPR

CARA TUKAR TEMPAT MENGUNDI ONLINE

Jangan lupa install apps MySPR Daftar. Semua dihujung jari saja! Tunaikan hak anda dan jadilah pengundi yang bijak.

  1. Sila layari pautan https://myspr.spr.gov.my/login
  2. Log masuk ke Akaun MySPR anda dengan mengisi No Kad Pengenalan, Kata Laluan dan CAPTCHA.
  3. Klik Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya / Pertukaran Status) dengan mengisi borang yang disediakan.
  4. Pilih KATEGORI PEMILIH di Bahagian 1.
  5. Isikan ALAMAT LENGKAP SEPERTI DALAM KAD PENGENALAN / ALAMAT TEMPAT BERTUGAS / ALAMAT TEMPAT BERTUGAS PASANGAN dan maklumat yang dikehendaki.
  6. Muat naik GAMBAR DEPAN MyKad dan GAMBAR SWAFOTO bersama MYKAD berkenaan.
  7. Semak maklumat yang telah diisi dan klik HANTAR. Satu notifikasi MOHON TAC akan dipaparkan. Anda diminta untuk klik MOHON TAC.
  8. Anda akan menerima no TAC melalui e-mel dan SMS. Masukkan no TAC dan klik HANTAR.
  9. Anda akan menerima notifikasi “Borang A TELAH DITERIMA DAN SEDANG DISEMAK UNTUK KELULUSAN oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia” melalui e-mel.

CARA TUKAR ALAMAT DI MYKAD

Bagaimana kalau dalam kad pengenalan alamat kita masih belum tukar?

Anda boleh mohon untuk tukar alamat di JPN.

  1. Hadir ke JPN bawa kad pengenalan asal dan dokumen sokongan seperti bil elektrik/ bil air/ bil internet atau bil Astro (pastikan nampak nama).
  2. Dapat nombor giliran tunggu kaunter panggil, mereka isikan borang, check alamat betul ke tidak, scan cap jari dan tandatangan. Bayaran RM10.
  3. Bagi yang nak tukar gambar, pergi ke kaunter gambar kemudian tunggu 30 minit utk IC siap.

Rujuk:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: