Permohonan Tukar Alamat Mykad / IC / Kad Pengenalan, Prosedur, Harga

CARA TUKAR ALAMAT KAD PENGENALAN / IC / MYKAD

Berdasarkan Peraturan 15, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 setiap orang yang memiliki kad pengenalan dan bertukar tempat kediaman ke suatu tempat yang  seseorang itu akan tinggal selama tempoh 90 hari atau lebih hendaklah membuat gantian penukaran alamat pada kad pengenalan.

Selain itu, alamat tempat tinggal ini juga penting bagi bakal pengundi / pemilih kerana data ini akan dikemaskini oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagi tahun 2021 ini, sekiranya bakal pemilih tidak lagi tinggal di alamat yang dipaparkan, bakal pemilih dinasihatkan untuk mengemaskini alamat kad pengenalan mereka di Jabatan Pendaftaran Negara selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2021.

PENGEMASKINIAN ALAMAT PADA MYKAD SEMPENA PROSES SEMAKAN PRA-PENDAFTARAN PEMILIH AUTOMATIK (SPPA) OLEH SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA (SPR)

  1. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang membantu SPR dalam proses pengemaskinian alamat pemilih lanjutan daripada pelaksanaan Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA). Ini lanjutan daripada pengumuman SPR yang meminta pemilih-pemilih supaya mengemaskini alamat pada MyKad sekiranya mereka tidak tinggal di alamat yang dipaparkan.
  2. Bagi proses pengemaskinian alamat ini, pemohon boleh hadir ke mana-mana Pejabat JPN yang berhampiran untuk memohon pertukaran alamat pada MyKad tanpa perlu membuat janji temu.

Pemohon perlu membawa dokumen sokongan sebagai bukti alamat baharu seperti bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan.

Pemohon juga boleh menggunakan perjanjian jual beli rumah / perjanjian / resit sewa rumah sekiranya bil utiliti tidak didaftarkan atas nama pemohon. Pemohon adalah diingatkan untuk membawa dokumen sokongan berkaitan dalam bentuk asal atau salinan yang diakui sah.

  1. Manakala bagi pemohon yang tidak mempunyai kedua-dua dokumen yang dinyatakan di atas mereka perlu mendapatkan dokumen sokongan dari Ketua Kampung / Tuai Rumah / Penghulu / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan atau dokumen lain yang boleh membuktikan alamat terkini mereka.
  2. Sebarang maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat, JPN di talian 03-88807077 atau emel ke [email protected].

Tamat.

NOTA:

Untuk membuat semakan online maklumat pemilih di SPR, sila rujuk MySPR SPPA
https://harianpost.my/myspr-sppa/

Cara Tukar Alamat IC Di JPN

Berikut dikongsikan langkah yang perlu dilakukan untuk tukar alamat IC / kad pengenalan anda.

tukar alamat IC
Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Syarat Permohonan Tukar Alamat IC / Kad Pengenalan

  1. Pemohon mestilah hadir dimana-mana kaunter JPN.
  2. Borang Pertukaran Alamat (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
  3. Alamat mestilah menggunakan alamat tinggal tetap di dalam Malaysia. Alamat tempat bekerja atau pejabat atau organisasi atau alamat peti surat (P.O. Box) tidak dibenarkan.
  4. Bagi pemohon yang berumur bawah 18 tahun perlu hadir bersama ibu, bapa atau penjaga.

Prosedur Permohonan

Permohonan pertukaran alamat pada kad pengenalan perlu disertakan dengan dokumen sokongan seperti bil utiliti, cukai pintu atau dokumen lain yang berkaitan.

JPN berkata prosedur itu adalah bagi mengelakkan masalah alamat yang tidak sahih pada kad pengenalan.

Untuk membuat penukaran alamat di kad pengenalan, pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan (asal).

Dokumen yang diperlukan adalah seperti di bawah:

  1. Dokumen Pemohon (Asal)
    • Kad Pengenalan.
  2. Dokumen Sokongan
    • Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)

Bolehkah Penukaran Alamat MyKad Dilakukan Secara Online?

TIDAK. Buat masa ini, gantian MyKad secara online hanya boleh dibuat bagi kes berikut:

  1. Gantian BiasaPermohonan penggantian biasa adalah dihadkan kepada penggantian bagi menaiktaraf cip MyKad dari 32k kepada 80k.Tujuan penggantian ini adalah untuk memastikan cip MyKad pemohon mampu menyokong aplikasi-aplikasi baru yang ada cth: aplikasi yang direka cipta khas untuk agensi kerajaan seperti FAMA, DOSH, JPA dan juga DOF).
  2. Penggantian Cip / Kad RosakPermohonan ini melibatkan penggantian MyKad disebabkan oleh keadaan fizikal MyKad yang rosak atau masalah cip MyKad yang tidak dapat dibaca semasa proses pengesahan bagi urusan-urusan tertentu.
  3. Penggantian Kehilangan
    • Permohonan bagi kes kehilangan hanya dihadkan kepada kehilangan yang tidak melebihi dari 1 kali.Bayaran fi yang dikenakan adalah berdasarkan kepada amaun yang dikenakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
    • Resit yang dikeluarkan tidak boleh digunakan sebagai dokumen pengenalan diri yang sah. Pemohon adalah dinasihatkan untuk pergi ke pejabat JPN yang berhampiran untuk mendapatkan Dokumen Pengenalan Sementara (KPPK09).

Sila rujuk : Cara Tukar MyKad Rosak / Hilang Secara Online. Kejap Je Siap!

Bayaran / Fi Tukar Alamat Kad Pengenalan

Bayaran untuk tukar alamat MyKad adalah seperti berikut:

  1. Warganegara
    – Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru: RM10.00
  2. Bukan Warganegara
    – Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru: RM40.00

Cara Buat Temujanji Ke Kaunter JPN

Permohonan temujanji boleh dibuat dengan melayari pautan: https://mytemujanji.jpn.gov.my/

Maklumat Lanjut

Senarai pejabat JPN yang beroperasi boleh disemak melalui portal rasmi JPN di pautan https://www.jpn.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: