Teka-Teki Kanak-Kanak Beserta Jawapan – Menguji Minda!
Teka-Teki Kanak-Kanak ~ Senarai Koleksi Teka-Teki Sesuai Untuk Kanak-Kanak Berserta Jawapan.
Bermain teka-teki adalah salah satu cara mudah untuk menarik perhatian kanak-kanak. Secara tidak langsung, ia juga membantu mengasah kemahiran berfikir mengikut logik dan secara kritis.
Selain itu, ia juga pasti menimbulkan keseronokkan terutamanya apabila mereka mencapai penyelesaian.
Sekiranya anda tercari-cari senarai teka-teki kanak-kanak yang menarik, mari semak senarai di bawah.
BACA JUGA: 35 Teka-Teki Lawak & Menarik Beserta Jawapannya!
30 Teka-Teki Kanak-Kanak Beserta Jawapan
1. Ayam jantan sedang duduk di atas bumbung kandang menghadap ke barat. Jika ia bertelur, adakah telur itu akan berguling ke utara atau ke selatan?
Jawapan: Mustahil — ayam jantan tidak bertelur.
2. Apakah jenis singa yang tidak pernah mengaum?
Jawapan: Dandelion
3. Saya bapa kepada buah-buahan.
Jawapan: Seorang papa-ya
4. Apakah yang mempunyai jari seperti manusia tetapi tidak bernyawa?
Jawapan: Sarung tangan
5. Bom apa yang boleh menyelamat orang dan tidak pernah meletup?
Jawapan: Bomba
6. Apakah makanan yang boleh buka, tetapi tak boleh tutup?
Jawapan: Telur
7. Kucing yang mempunyai poket.
Jawapan: Doraemon
8. Saya mempunyai tiga mata. Setiap mata mempunyai warna dan fungsi yang berlainan. Siapakah saya?
Jawapan: Lampu Isyarat
9. Kamu cuba koyak kulit saya, tetapi saya tidak sakit, kamu pula yang menangis. Siapakah saya?
Jawapan: Bawang
10. Banyak-banyak hari, hari apa yang ditakuti?
Jawapan: Harimau
11. Ibrahim bin Rahman, ayam bin apa?
Jawapan: Binatang
12. Binatang apa yang tulangnya satu?
Jawapan: Sotong
13. Banyak-banyak itik, itik apa yang boleh berjalan dengan dua kaki?
Jawapan: Semua itik
14. Mi yang boleh minum dengan ais?
Jawapan: Milo
15. Kari apa yang tiada kuah?
Jawapan: Karipap
16. Saya putih macam salji, kecil macam pasir, masin macam air laut, siapa saya?
Jawapan: Garam
17. Ungu di luar, putih di dalam.
Jawapan: Manggis
18. Buang seketul batu dalam air, apa yang terjadi kepada batu tu?
Jawapan: Basah
19. Siapakah yang tinggal di dalam nenas?
Jawapan: Spongebob
20. Lelaki yang berkuasa selepas makan bayam.
Jawapan: Popeye
21. Itik yang boleh dan pandai bercakap?
Jawapan: Donald Duck
22. Tikus yang hanya ada dua kaki?
Jawapan: Mickey Mouse
23. Mi apa yang tak boleh dimakan?
Jawapan: Misai
24. Dalam banyak-banyak buku, buku yang manakah kita tak boleh membacanya?
Jawapan: Buku Lali
25. Tak boleh nampak dengan mata tetapi dekat dihati sahaja?
Jawapan: Usus
26. Benda apakah yang selalu tutup buka tetapi tiada bunyi?
Jawapan: Kelopak Mata
27. Saya tinggal di luar bandar, kerbau adalah pekerja saya, siapa saya?
Jawapan: Petani
28. Saya menyelamatkan nyawa, demam atau sakit jumpa saya, siapa saya?
Jawapan: Doktor
29. Saya musuh kepada setiap haiwan, siapa saya?
Jawapan: Pemburu
30. Banyak-banyak kera, kera apa yang tak tinggal di hutan dan pandai menaip komputer?
Jawapan: Kerani
31. Kapal apa yang tidak akan tenggelam?
Jawapan: Kapal Selam
32. Saya mampu berlayar di atas laut, dari utara ke selatan, timur ke barat, siapa saya?
Jawapan: Kapal Layar
33. Kereta apa yang berapi?
Jawapan: Kereta api
34. Kapal apa yang boleh terbang ke bulan?
Jawapan: Kapal angkasa
35. Saya lebih ringan daripada udara, bila dipegang, saya akan pecah, siapakah saya?
Jawapan: Buih
36. Pintu yang tidak ditutup, tapi anda tak boleh melaluinya.
Jawapan: Pintu gol
37. Kereta apa yang takkan rosak bila dilanggar?
Jawapan: Kereta mainan
38. Saya keperluan manusia, nama saya O.
Jawapan: Oksigen
39. Berwarna hijau tapi bukan pokok, boleh tumbuh tanpa ditanam, siapa saya?
Jawapan: Rumput
40. Saya pembekal oksigen, siapa saya?
Jawapan: Tumbuhan
41. Banyak-banyak bunga, bunga apa yang paling besar?
Jawapan: Rafflesia
42. Pokok yang berani mengeluarkan jantungnya?
Jawapan: Pokok Pisang
Lebih banyak teka-teki Bahasa Inggeris: https://parade.com/1025662/marynliles/brain-teasers-for-kids/