SOP Pelitup Muka: Hanya Wajib Dipakai Di Tempat Awam & Sesak – DS Ismail Sabri

Pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan di tempat awam yang sesak – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Seperti yang kita sedia maklum, mulai 1 Ogos, kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam dengan orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan itu.

Namun mungkin masih terdapat kekeliruan berhubung penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) berhubung pemakaian pelitup muka.

Kekeliruan SOP Pelitup Muka

Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), apabila seseorang itu bersendirian dan mengamalkan penjarakan fizikal, adalah tidak wajib untuk individu berkenaan memakai pelitup muka.

sop pelitup muka

“Tempat awam banyak, taman awam adalah tempat awam, tapi bila bersendirian maka tidak perlulah memakai pelitup muka kerana seperti saya katakan di tempat awam yang bersesak.

Kalau di pasar bersesak, kalau dalam bas atau LRT bersesak, maka perlulah dan wajib pakai pelitup muka.

Tetapi kalau bersendirian atau ada penjarakan fizikal antara satu sama lain, sebagai contohnya di restoran kita (sudah tentu) tidak boleh pakai pelitup muka semasa makan.

Tapi kerana ada penjarakan antara satu sama lain maka dibenarkan untuk tidak pakai pelitup muka”

Baca juga: SOP Kenduri Kahwin, Aqiqah & Majlis Akad Nikah Di Kawasan PKPP / PKPB (7 Disember 2020)

Beliau menyatakan perkara itu berikutan isu tular di media sosial baru-baru ini mengenai seorang individu yang berada di tempat awam berseorangan dan tidak memakai pelitup muka dikenakan tindakan.

*Sumber: BERNAMA via Majlis Keselamatan Negara (MKN)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: