Hanya 13 PPV Walk-In Di Lembah Klang Mulai 23 Ogos 2021

Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) menetapkan hanya 13 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang akan menerima individu untuk mendapatkan suntikan vaksin secara ‘walk-in’ bermula esok (23 Ogos 2021).

CITF berkata langkah itu diambil berikutan pihaknya mendapati kadar kehadiran warganegara Malaysia di PPV untuk ‘walk-in’ saban hari semakin berkurangan sejak ia dilaksanakan pada 2 Ogos lalu.

“Oleh itu, ‘walk-in’ untuk semua warganegara Malaysia di Lembah Klang akan diteruskan tetapi di 13 PPV tertentu,” kata CITF dalam kenyataan.

Senarai 13 PPV Walk-In Di Lembah Klang Mulai 23 Ogos 2021

PPV yang terpilih bagi melaksanakan vaksinasi secara ‘walk-in’ bermula esok, 23 Ogos 2021 adalah :

Bermula 23 Ogos 2021

  1. Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) HCO F, HCO G dan HCO H
  2. Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC)
  3. Axiata Arena Bukit Jalil
  4. Pusat Konvensyen Ideal (IDCC)
  5. Shah Alam dan Hotel Wyndham, Klang
  6. PPV Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
  7. Dewan Seri Bernam di Sabak Bernam
  8. Stadium Tertutup Kuala Selangor
  9. Dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat

Terdapat empat lagi PPV secara ‘walk-in’ yang bermula Rabu dan Khamis iaitu :

Bermula 25 Ogos 2021

  1. Le Pavilion Gamuda Garden di Gombak,
  2. Bukit Beruntung Golf Resort

Bermula 26 Ogos 2021

  1. Galaxy Mall Ampang
  2. Universiti Multimedia, Cyberjaya
Ppv walk in
Ppv walk in kembah klang


Dalam pada itu, CITF berkata bagi individu yang terlepas suntikan dos kedua boleh pergi ke mana-mana PPV yang disenaraikan berhampiran dengan kediaman mereka.

“Sekiranya PPV berkenaan tidak menawarkan vaksin daripada jenis yang sama dengan dos pertama, mereka akan dirujuk ke PPV lain.

Walk-In Adalah Berdasarkan Kaedah ‘Siapa Cepat Dia Dapat’

“‘Walk-in’ juga adalah berdasarkan kaedah ‘first-come-first-serve’ (siapa cepat dapat) bergantung kepada kapasiti bekalan di PPV berkenaan iaitu individu ‘walk-in’ akan diletakkan di bawah satu senarai untuk diminta hadir semula pada keesokan harinya sekiranya bekalan vaksin pada hari itu sudah habis digunakan,” katanya.

Tiada Lagi Walk-In Bagi Warga Asing (Perlu Buat Janji Temu)

Sementara itu, CITF memaklumkan bagi warga asing di Lembah Klang pula kaedah ‘walk-in’ untuk mereka dikhususkan di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil (PPV SNBJ) yang akan dilaksanakan hingga hari ini sahaja.

“Kaedah ‘walk-in bagi warga asing akan digantikan dengan vaksinasi melalui kaedah janji temu. Ini bermakna, PPV SNBJ tidak lagi menerima ‘walk-in’ bukan warganegara bermula esok.

“Langkah ini diambil supaya proses vaksinasi warga asing yang menyaksikan sambutan amat baik selama tempoh ia dilaksanakan dapat berjalan dalam keadaan yang lebih selamat dan selesa.

“Setiap warganegara dan warga asing yang pergi ke PPV mengikut janji temu perlu membuktikan bahawa mereka adalah pemastautin di Lembah Klang dengan membawa surat atau dokumen yang berkenaan seperti kad kerja, bil utiliti atau sebarang dokumen lain yang berkaitan,” katanya.

Berikutan itu, warga asing yang masih belum mendaftar untuk PICK perlu berbuat demikian sama ada melalui MySejahtera, talian PICK di 1800-888-828 atau laman web www.vaksincovid.gov.my supaya janji temu dapat diberikan.

Rujuk: 5 Kaedah Pendaftaran Vaksin COVID19 Di Malaysia (Online & Manual)

Rujuk kenyataan media penuh oleh JKJAV:

ppv walk-in
ppv walk-in

Sumber: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: