in

Contoh Surat Pelepasan Bekerja PKP & Kebenaran Rentas Daerah / Negeri

contoh surat pelepasan bekerja pkpb
Advertisements

PKP 2.0: Jika perlu hadir ke pejabat, merentas daerah atau negeri ketika PKP 2.0 kerana urusan kerja, ini Contoh Surat Pelepasan Bekerja PKPB / PKP & Borang Permit Rentas Negeri untuk rujukan anda.

Seperti yang kita sedia maklum, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

Perintah itu membabitkan tiga peringkat pelaksanaan iaitu PKP ke atas enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Pekerja-pekerja yang terbabit dengan 5 sektor essential service dibenarkan untuk merentas daerah dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan.

Di sini kami lampirkan Contoh Surat Pelepasan Bekerja PKPB / PKP 2.0 dan Borang Permit Rentas Negeri (PDRM) yang perlu disediakan untuk memudahkan urusan anda nanti.

Contoh Surat Pelepasan Bekerja PKPB

Dalam tempoh PKPB / PKP, pekerja-pekerja dibenarkan untuk merentas daerah atau negeri dengan syarat MEMPUNYAI pas pekerja yang sah atau Surat Pelepasan Bekerja (Surat Kebenaran) daripada majikan.

Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa hanya DUA ORANG SAHAJA dibenarkan dalam setiap pergerakan.

NOTA:

  1. Negeri PKP
    • Pulau Pinang
    • Selangor
    • WP Kuala Lumpur
    • WP Putrajaya
    • WP Labuan
    • Johor
    • Sabah
    • Melaka
  2. Negeri PKPB
    • Kedah
    • Perak
    • Negeri Sembilan
    • Kelantan
    • Terengganu
    • Pahang
  3. Negeri PKPP
    • Sarawak
    • Perlis

Baca juga: Contoh Surat Pengesahan Majikan Untuk Loan Bank, Beli Rumah & Urusan Rasmi

Berikut ialah Contoh Surat Pelepasan Bekerja PKPB / PKP yang boleh anda gunakan sekiranya terdapat tugasan yang perlu dilakukan di pejabat atau di luar daerah / negeri.


(Gunakan Letter Head Syarikat)

Nama :
No K/P :
Tarikh :

Kepada Pihak yang Berkenaan,

Tuan/Puan,

PERKARA : SURAT KEBENARAN PELEPASAN PERJALANAN KEPADA PEKERJA BERTUGAS DALAM TEMPOH PKP 2.0 COVID-19

Merujuk kepada perkara di atas adalah dengan ini pihak majikan mengesahkan bahawa penama di atas adalah pekerja syarikat kami yang bertugas di syarikat beralamat :

(_____Isikan alamat syarikat________)

2. Sehubungan dengan itu, pihak kami berharap jasa baik pihak pertugas Covid-19 untuk memberikan kebenaran dan pelepasan kepada pembawa surat ini untuk melaporkan diri bekerja bagi tempoh PKP 2.0 ini dilaksanakan.

3. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pegesahan, sila hubungi pegawai kami dari Jabatan Sumber Manusia seperti senarai nama dibawah

Nama HR & Nombor Telefon :

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan, terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

Terima Kasih.

Yang Benar,

_______________________

(Cop & Nama Syarikat)

Nama :
Pengurus Bahagian Sumber Manusia


Muat turun Contoh Surat Pelepasan Bekerja PKPB (Versi Word) yang boleh anda edit mengikut kesesuaian anda sendiri di SINI:

Muat Turun Borang Permit Rentas Daerah / Negeri PKP 2.0 (PDRM)

Borang kebenaran boleh dimuat turun di Facebook Polis Diraja Malaysia atau Portal Rasmi PDRM melalui pautan berikut:

Ikuti langkah-langkah berikut bagi urusan permohonan kebenaran pergerakan:

  1. Memuat turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) (mengikut pelaksanaan perintah pergerakan di negeri masing-masing) di Portal atau Media Sosial Rasmi PDRM;
  2. Mengisi borang dengan lengkap dalam dua (2) salinan;
  3. Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.

Baca juga: Dasar BDR: Pekeliling Bekerja Dari Rumah (Mulai 1 Januari 2021)

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan info terkini tentang SOP rentas daerah atau negeri, sila rujuk laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) di https://www.mkn.gov.my/.

Akhir kata, sentiasalah patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang PKPB ini berkuat kuasa.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

dasar bekerja dari rumah bdr pekeliling qa

Dasar BDR: Pekeliling Bekerja Dari Rumah (Mulai 1 Januari 2021)

Ini 9 Peristiwa Darurat Di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu