Kabinet Serah Surat Letak Jawatan Kepada Agong

PETALING JAYA: Kabinet sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Khairy Jamaluddin.

Dalam catatan di Instagram, beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam Kabinet Muhyiddin Yassin turut berterima kasih kepada rakyat yang memberi peluang kepadanya untuk berbakti kepada negara.

“Kabinet sudah menyerahkan surat letak jawatan kami kepada Agong. Terima kasih untuk peluang itu untuk berbakti kepada negara. Semoga Tuhan merahmati Malaysia,” katanya

Kabinet letak jawatan

Baca juga: Garis Panduan Pertukaran Guru 2021 Diperkenal, Akan Dibuka Sepanjang Tahun

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan kediamannya di Jalan Setia Bakti 6, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, kira-kira 7:40 pagi.

Kenderaan Toyota Vellfire dinaiki beliau yang diiringi polis dan pengiring menuju ke pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya bagi mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri.

Kenderaan dinaiki Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada pukul 12 tengah hari.

Beliau kemudiannya dilihat memasuki Pintu 1, Istana Negara pada 12.23 tengah hari dan dilaporkan sudah selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI

Dalam perkembangan terkini, Perdana Menteri melalui sebuah Perutusan Khas jam 3.00 petang tadi memaklumkan bahawa beliau maklum hilang kepercayaan majoriti Dewan Rakyat dan mengumumkan hari terakhir sebagai Perdana Menteri.

Berikut adalah intipati perutusan beliau sebentar tadi:

▪️ Muhyiddin nyatakan tak akan sekongkol dengan kumpulan kleptokrat, tidak ganggu badan kehakiman, belakangi perlembagaan semata-mata untuk kekal kuasa.

▪️ Muhyiddin harap dasar-dasar kerajaan yang baik akan dikekalkan pada masa akan datang.

▪️ Muhyiddin harap Agong diberi rahmat kebijaksanaan untuk pilih perdana menteri baharu menurut kehendak Perlembagaan Persekutuan.

▪️ Muhyiddin optimis negara akan keluar dari krisis pandemik COVID-19 dalam masa terdekat.

▪️ COVID-19: Muhyiddin jamin semua rakyat Malaysia akan divaksin menjelang hujung tahun ini, lebih banyak nyawa akan diselamatkan.

▪️ Momentum PICK tidak boleh terganggu untuk kekalkan Malaysia antara negara catat vaksinasi tertinggi di dunia – Muhyiddin

▪️ Muhyiddin rakam penghargaan kepada isteri dan keluarganya yang menjadi sumber inspirasi.

▪️ Kebajikan rakyat sentiasa jadi keutamaan Perikatan Nasional sebagai sebuah kerajaan prihatin rakyat – Muhyiddin

Kabinet letak jawatan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bergambar bersama barisan Jemaah Menteri Kabinet di Bangunan Perdana Putra, hari ini. Turut sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, 16 Ogos 2021.

Foto : Jabatan Penerangan Malaysia.