Diskaun Saman PDRM 60% Sempena Hari Polis Ke-216 (2023)

Diskaun Saman PDRM 60% Sempena Hari Polis Ke-216 (2023)

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik secara dalam talian sehingga 60 peratus tertakluk kepada saman terpilih.

Anda boleh melakukan pembayaran melalui aplikasi MyBayar Saman ataupun secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara.

Diskaun Saman PDRM

Tarikh Tawaran Diskaun Saman PDRM

Tawaran ini bermula dari 20 Mac hingga 31 Mac 2023.

Secara umumnya, diskaun saman 60% sempena Hari Polis 2021 ini adalah untuk semua jenis saman KECUALI:

  • Saman Kemalangan
  • Saman berstatus waran (W)
  • Saman status bicara mahkamah (M)
  • Saman berkaitan kesalahan kenderaan berat (Lori)
  • Saman Potong Secara Bahaya / Potong Q
  • Smana menggunakan lorong kecemasan
  • Kesalahan tidak boleh kompaun (NC)
  • Saman tidak patuhi lampu isyarat merah
  • Saman potong di garisan berkembar
  • Saman berkaitan ubahsuai ekzos yang dikeluarkan bermula 1/3/2021
  • Saman berstatus OP Selamat

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Untuk membuat semakan saman, sila rujuk panduan Sistem Semakan Saman Online PDRM di pautan berikut: SSO PDRM: Sistem Semakan Saman Polis Online & Status Repot

Diskaun Saman 60% Melalui Portal MyBayar Saman

Pengurangan saman sehingga 60% ini boleh dibuat secara online atau manual (di beberapa IPD terpilih).

Namun, anda digalakkan untuk membayar secara dalam talian (Online) melalui aplikasi MyBayar Saman. Daftar segera sebagai pengguna MyBayar Saman sekarang, dan tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.

Diskaun Saman PDRM

Anda boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :
i) Portal – https://mybayar.rmp.gov.my
ii) Google playstore – https://play.google.com/store/apps/
iii) Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
iv) Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205

Anda boleh rujuk cara-cara penggunaan portal MyBayar Saman seperti gambar di bawah.

Diskaun Saman PDRM

BACA JUGA: https://harianpost.my/mybayar-saman/

Jangan lepaskan peluang untuk menyelesaikan saman-saman trafik tertunggak anda dengan tawaran diskaun 60% sempena sambutan hari Polis ini!

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, anda boleh rujuk di Facebook Rasmi Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: